[Video] “Mujur tak jawab nama Aafiyah” – Sebelum konsert, karaoke bukan main… Tokti depan mata peminat gu’gup terus lupa nama anak

Gara-gara g3muruh bertent4ng mata dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, seorang seorang peminat terus terlupa nama anak sendiri ketika ditanya mengenainya.

Video yang tular itu dirakamkan semasa konsert Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pada Sabtu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercakap kepada mStar, peminat berkenaan, Syazwani Mazuki, 31, berkata, menyaksikan konsert Siti Nurhaliza bersama dua adiknya itu merupakan momen yang tak dapat dilupakan.

“Sebelum tu anak perempuan Tokti, Aafiyah ada bersama sekali. Jadi apabila Tokti tanya nama anak saya, ketika itu teringat nama Aafiyah kerana terlalu nervous.

“Sebenarnya sewaktu Tokti tanya lagu beliau yang paling saya suka, saya nak jawab lagu Kurik Kundi. Lagu itu selalu saya nyanyi setiap kali karaoke.

“Tapi lagu yang disukai anak iaitu Ting Ting Tang Ting (Comel Pipi Merah) yang saya ingat masa tu. Terngiang-ngiang suara anak saya menyanyi lagu tu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Syazwani (tengah) bersama dua adiknya menyaksikan konsert Siti Nurhaliza.

Walaupun mengakui pada mulanya malu kerana insiden tersebut, Syazwani gembira apabila berpeluang untuk menyanyi lagu kesukaan anaknya, Alisya Mohamad Azri yang berusia tiga tahun, bersama Siti Nurhaliza pada konsert tersebut.

“Terlalu gembira membatasi perasaan malu saya. Mujur juga saya tak jawab nama Aafiyah ketika ditanya nama anak sendiri, dan saya ambil masa untuk berfikir ketika itu.

“Saya masih tak percaya dengan pengalaman bersama Tokti, sampai tak boleh tidur,” ujarnya sambil menambah anak perempuannya menyambut ulang tahun ke-3 pada 30 Oktober lalu.

Pengalaman bertemu Siti Nurhaliza merupakan kenangan terindah Syazwani.

Mengulas lanjut, kata Syazwani, hampir setiap hari anaknya mendengar lagu Comel Pipi Merah sebagai halwa telinga yang boleh menenangkan si kecil terutama apabila merag4m.

“Bila-bila masa anak akan minta saya pasang lagu Ting Ting Tang Ting tu. Kalau dalam kereta pun dia dengar sampai berulang kali.

“Pernah suatu hari, saya dan suami bersama anak dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tapi dari Kuantan ke Terengganu sepanjang jalan pasang lagu tu.

“Kami hanya dapat tutup radio atau tukar lagu lain apabila anak tidur,” katanya sambil menyifatkan anak perempuannya sebagai aktif, pintar dan petah bercakap.

Kiri, Syazwani bersama suami menghadiri konsert Siti Nurhaliza ketika hamil pada 2019, kanan Syazwani bersama anak sulungnya kini berusia tiga tahun.

Menurut pengurus sumber manusia itu, dia pernah menghadiri konsert Siti Nurhaliza ketika hamil anak sulungnya itu pada 2019.

“Tapi hanya melihat Tokti dari jauh. Jadi tak sangka selepas anak dah usia tiga tahun, saya berpeluang bertemu secara dekat dengan Tokti sambil disaksikan oleh ramai orang.

“Saya dibesarkan dengan lagu-lagu Tokti, sebab ibu saya sendiri yang berusia 59 tahun juga mengikuti lagu-lagu Tokti. Nak bawa ibu ke konsert, tapi ibu tak sihat.

“Anak saya pula masih kecil untuk dibawa ke konsert. InsyaAllah jika ada rezeki, anak dah besar sikit boleh bawa untuk temankan saya bagi menyaksikan persembahan Tokti,” katanya.

 

Sumber Sumber : https://www.mstar.com.my/

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "[Video] “Mujur tak jawab nama Aafiyah” – Sebelum konsert, karaoke bukan main… Tokti depan mata peminat gu’gup terus lupa nama anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*