[Video] “Anak orang miskln ke, gel4ndangan saya tak tahu” – Peniaga tak fikir rvgi, percaya rezeki belanja knak-knak

SETIAP individu pasti memiliki cara tersendiri untuk melakukan kebaikan dalam usahanya berbakti kepada masyar4kat.

Apatah lagi dalam ekonomi sekarang yang semakin tidak stabil, ramai individu termasuklah golongan peniaga yang mengambil peluang untuk membantu insan lebih memerlukan.

Sebagaimana perkongsian seorang pemuda di TikTok, Yayar Awang Noh menunjukkan video sekumpulan kanak-kanak yang berkunjung ke gerainya diberi makan percuma.

Menerusi video itu dapat dilihat dia menjual nasi bersama aneka lauk pauk.

Lebih membuatkan ramai tersentuh hati apabila pemuda ini menjelaskan bahawa dia sendiri tidak mengenali kan4k-kan4k berkenaan yang hadir entah dari mana, apatah lagi latar belakang mereka.

Bagaimanapun, Yayar berkata jika terdapat kanak-kanak datang ke gerainya, nasi akan diberikan dan dia akan menyuruh mereka memilih sendiri lauk yang diingini.

“Nampak tak, kalau hujan mereka dah tunggu dekat lorong tu. Anak-anak dah tunggu dekat sana. Sanggup datang berpayung, hujan lebat ni sanggup datang berpayung sebab nak makan.

“Ada yang tanya saya, anak orang misk1n ke, anak gel4ndangan ke? Saya tidak tahu. Budak-budak datang nak makan saya bagi,” ujarnya dalam video yang tular.

Menerusi video berdurasi 54 saat itu, kelihatan kumpulan kanak-kanak itu seperti sudah terbiasa dengan pemuda berkenaan sambil masing-masing memilih lauk yang dikehendaki.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ketika itu hujan lebat tetapi mereka sanggup datang berp4yung ke gerainya untuk makan.

Semakan mStar pada akaun TikTok jejaka ini mendapati, sebelum ini juga banyak videonya tular disebabkan amalan bersedekah makanan kepada kan4k-kan4k. Dia dipercayai berniaga di Pandan Perdana, Ampang.

Sebelum ini dia berkongsi video budak-budak kecil yang berkopiah, dikatakan baru pulang dari surau diberi makan percuma.

Dalam video tersebut lelaki ini menjelaskan bahawa dia dan kawan-kawannya akan terus belanja kanak-kanak makan tetapi menitipkan pesan supaya mereka tidak membazir.

Susulan video yang tular, rata-rata warga maya mendoakan agar amalan berkongsi rezeki ini dapat diteruskan.

Warganet juga mendoakan agar peniaga ini sentiasa dimurahkan rezeki dengan asbab bermurah hati.

“Seronok kan bila kita boleh bagi sesuatu pada orang lain. Perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Semoga awak murah rezeki selalu dik.

“Alhamdulilah semoga dilimpah rezeki. Seronok budak-budak ni. InshaAllah mereka juga mendoakan abang

Antara komen netlzen yang mendoakan peniaga ini.

“Percayalah sampai ke tua mereka akan ingat awak dik, sampai bila-bila mereka akan cerita tentang kebaikan awak. Akak doakan awak dunia akhlrat,” komen beberapa netlzen.

Semoga peniaga ini murah rezeki dan bisnesnya terus berkembang serta memberi inspirasi kepada orang ramai.

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "[Video] “Anak orang miskln ke, gel4ndangan saya tak tahu” – Peniaga tak fikir rvgi, percaya rezeki belanja knak-knak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*