Anak ramai tapi beli burger 3 biji… Peniaga tak sampai h4ti tengok pelanggan tahan lap4r, murah hati bagi makanan percuma!

BERNIAGA sambil bersedekah.

Konsep ini lazim diamalkan oleh kebanyakan usahawan ataupun peniaga yang sudah mempunyai nama yang besar sebagai satu usaha mereka berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Bagi peniaga burger, Mohamed Asiff Mohamed Amiz, sungguhpun mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan namun dia tetap terpanggil untuk sama-sama berkongsi rezeki mengikut cara tersendiri.

Mohamed Asiff (kiri) dibantu oleh adiknya, Mohamed Ariff.

Memegang kata-kata percaya kepada rezeki yang dikurniakan Allah, Mohamed Asiff yang mengusahakan Asip Burger Bachang tidak lokek untuk memberikan burger percuma jika ada antara pelanggannya tidak mempunyai wang.

Malah dia turut meletakkan notis di kabin burger miliknya untuk mengwar-warkan inisiatif ‘burger percuma’ kepada pelanggan.

“Sebenarnya sudah lima tahun saya buat inisiatif ini. Mula-mula dalam circle kecil saja di kawasan kejiranan tempat saya berniaga. Hanya dua tahun lepas baru saya mula letak notis.

“Terc3tus idea untuk bersedekah ini adalah daripada kisah pelanggan juga. Sebagai peniaga, kita boleh ‘baca’ customer tu macam mana.

“Lagi pula customer pun orang dekat-dekat sini, ada antaranya kita kenal dan tahu latar bel4kangnya. Contohnya dia ada anak ramai, tapi beli burger tiga biji saja.

“Kadang ada anak-anak pelanggan terlepas cakap nak order sekian-sekian tapi bapanya mungkin tak cukup wang dan tak boleh beli kuantiti banyak. Saya akan cuba beri burger lebih daripada yang dipesan,” kata lelaki berusia 34 tahun ini.

Gerai Mohamed Asiff terletak di Taman MGBM, Bachang, Melaka.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata ini, kebiasaannya dia berdepan dengan situasi sedemikian menjelang pertengahan dan juga hujung bulan.

“Saya sedar kebanyakan orang kita segan meminta… tapi kita faham situasinya. Sebab itu juga tujuan letak notis ini.

“Ia untuk orang-orang sekeliling yang betul-betul dalam kesusahan. Hanya saya dan orang yang menerima sahaja yang tahu.

“Saya tak keseorangan… pelanggan-pelanggan tetap tahu dengan inisiatif ni selalu tinggalkan duit balance lepas bayar. Dengan duit balance itulah saya gunakan untuk tampung belanja projek ni.

Saya ris4u juga ada orang ambil kesempatan dan jika ada yang meletakkan high expectation. Namun saya berterima kasih di atas semua komen positif net1zen. MOHAMED ASIFF MOHAMED AMIZ PEMILIK ASIP BURGER BACHANG

“Selain itu ada juga hamba Allah yang baik hati berikan sumbangan. Tapi jika tiada, saya sedia gunakan dana sendiri hasil jualan setiap hari. Kami fokus kepada sales, sebab itu harga burger kami sangat aff0rdable,” ujarnya yang sudah mengusahakan perniagaan burger sejak 2007.

Asip Burger Bachang terletak di Taman MGBM, Bachang, Melaka menjual pelbagai jenis burger dalam lingkungan harga RM3 hingga RM5.50.

Buat masa ini, gerai burger Mohamed Asiff yang turut menjual oblong, roti john, bebola daging serta minuman dibantu oleh adik lelakinya, Mohamed Ariff, 30.

Burger dan makanan di gerai Mohamed Asiff dijual pada harga yang berpatutan.

Sama sekali tidak menyangka perniagaan burgernya tular di media sosial, Mohamed Asiff melahirkan penghargaan kepada net1zen yang memuji inisiatif kecil yang diusahakannya.

“Saya tak post tapi ada pelanggan yang nampak notis ni dan muat naik. Tiba-tiba sudah viral. Sejujurnya saya ris4u dengan benda viral ini sebab saya mulakan untuk circle yang kecil.

“Saya ris4u juga ada orang ambil kesempatan, dan tentunya r1sau jika ada yang meletakkan high expectation. Namun saya berterima kasih di atas semua komen positif net1zen.

“Ada juga yang terinspir4si dan nak lakukan perkara sama dalam bisnesnya. Alhamdulillah, sama-sama kita kongsi rezeki. Bagi saya, tak perlu berkira. Bila tak berkira, rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk insyaAllah,” ujarnya lagi.

 

 

Sumber Mstar

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "Anak ramai tapi beli burger 3 biji… Peniaga tak sampai h4ti tengok pelanggan tahan lap4r, murah hati bagi makanan percuma!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*