“Harap Dipraktikkan Pelakon Lain Juga,” – Elak Suasana Tak Selesa, Bella Astillah Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia lebih selesa untuk berbincang terlebih dahulu bersama suaminya yang juga merupakan penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah karya.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, sebagai seorang yang bergel4r isteri, ada banyak aspek yang harus difikirkan sebelum memberikan kata pu’tus.

“Sebelum ini, saya ada terima beberapa tawaran untuk berlakon tapi bila berbincang dengan Alif, dia selalu kata saya kena teliti dahulu setiap watak dan pilih mana yang sesuai untuk saya.

“Alif juga ada bagitahu, kita tak boleh nak terima sahaja semua jenis tawaran yang diberikan kerana skrip juga memainkan peranan. Ditambah pula status saya sebagai isteri orang.

“Anak saya juga sekarang dah pandai menonton tv jadi, saya kena pilih watak yang sesuai untuk tontonan umum,” katanya kepada MH.

“Walaupun orang selalu cakap bila bergelar pelakon, kita kena bersik4p profesi0nal. Saya tak nafikan tapi kalau watak itu keterlaluan, saya kena fikir banyak pihak dan aspek.

Bella yang kini muncul menerusi drama terbaru, Aku Tanpa Cintamu akvi wat4k yang dimainkannya ketika ini sememangnya sar4t em0si dan jauh berbeza dengan naskah-naskah yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Bila pertama kali diberikan skrip, saya agak gem3ntar kerana sebelum ini, saya tak pernah berlakon drama berat seperti ini. Kebanyakkan drama saya bergenre k0medi atau kis4h c1nta yang lebih santai.

Namun, dia bersyukur kerana mendapat bimbingan penuh daripada para pelakon senior dan pengarah.

“Mulanya memang berat nak terima tapi bila sampai di set, saya dapat bimbingan terus daripada para pelakon lain seperti Abang Zamarul dan Datuk Eizlan Yusof.

“Saya bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang tidak pentingkan diri sendiri. Semuanya saling membantu. Bila ada yang kena perbaiki, mereka akan te’gur. Saya tak rasa keseorangan dan tak str’ess bila di set,” kongsi lagi.

Katanya lagi, sekiranya dia ingin memesan sesuatu kepada Zamarul, dia akan berhubung terlebih dahulu dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Rafar.

“Sepanjang berlakon drama ini, saya dan Abang Zamarul tidak pernah berbalas mesej tentang perkara tak penting. Komunikasi kami banyak di set sahaja. Kalau belanja makan pun, semuanya bersama team pr0duksi.

“Kalau saya harus mencari Abang Zamarul, saya akan cari Kak Diana dulu. Saya tak la cakap semua kena jadi seperti saya tapi saya harap perkara-perkara seperti ini akan dipraktikkan juga oleh pelakon-pelakon lain.

“Kita kena ada rasa hormat. Saya memang seg4n kalau berhubung dengan Abang Zamarul bila di luar set. Saya cuma tak nak timbulkan suasana yang tak selesa,” akhirinya.

Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Sumber MH

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "“Harap Dipraktikkan Pelakon Lain Juga,” – Elak Suasana Tak Selesa, Bella Astillah Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*