“Wah… macam ada penyambung legasi”- Suara Aafiyah tarik perhatian ramai

Seperti yang umum ketahui,perkembangan Siti Aafiyah sejak dilahirkan sehingga sekarang masih sahaja menjadi tumpuan manakala baru-baru ini pula, Siti Aafiyah yang berusia 4 tahun telah bersekolah menjadi pemain Konsert Piano paling muda.

Puteri sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diberi nama Siti Aafiyah semakin mendapat perhatian peminat ibunya apabila tidak hanya kecomelan Aafiyah malah kepandaiannya juga menarik tumpuan orang ramai.

Kejayaan anak penyanyi nombor satu ini membuatkan peminat juga turut tumpang bahagia.

Justeru itu, menyaksikan pula satu rakaman video pendek yang memaparkan momen Siti Aafiyah bersama ibunya, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra dipanggil Tokti ini membuatkan mereka menerima pelbagai reaksi diruangan komen.

Satu muat naik rakaman video pendek ini pada awalnya mendengarkan suara Tokti menyanyikan lagu kanak-kanak berjudul Burung Kakak Tua namun selepas itu disambung pula oleh Siti Aafiyah yang lalunya menyebabkan suara si cilik popular ini menarik tumpuan peminat.

VIDEO:

Selepas mendengarkan suara Siti Aafiyah dalam hantaran video oleh ak4un sitizones.official tersebut nampaknya ada peminat mengatakan anak penyanyi nombor satu negara ini sememangnya layak menggantikannya nanti manakala rata-ratanya terhibur mendengarkan nyanyian Tokti bersama cahaya mata sulungnya itu.

“Wah… macam ada penyambung legasi”

“Nah kau, Siti Nurhaliza 2.0 coming”

“Ulalaaa dia pun sedap”

“Ibu Aafiyah kan penyanyi”

 

 

Sumber HCL

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "“Wah… macam ada penyambung legasi”- Suara Aafiyah tarik perhatian ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*