Ada Yg Tanya Sebelum Subuh Sampai Dataran Merdeka Solat Subuh Atau Tidak Tak. Sekali JAWI Beri Rakaman Video Ini, subahanallah

Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Ses4k, Orang Awam Solat Subuh Berjemaah Sebelum Ke Dataran Merdeka

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu tweet sebentar tadi berkongsi satu video suasana di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad yang sangat menyentuh hati.

Menerusi tweet berkenaan, video berkenaan difaham merakam suasana solat subuh hari ini dimana ia penuh dengan jemaah. Sebahagian besar jemaah-jemaah itu merupakan orang ramai yang terlebih dahulu menunaikan kewajipan agama sebelum berkumpul di Dataran Merdeka.

“Pelihara hubungan dengan Allah setiap masa, itu erti merdeka yang hakiki,” menurut tweet berkenaan.

Seperti yang kita tahu, hari ini Malaysia menyambut Hari Kebangsaan 2022 dengan acara di peringkat Persekutuan diadakan di lokasi berkenaan. Menerusi lap0ran BERNAMA sebelum ini, orang awam mula membanjiri Dataran Merdeka sejak awal lagi bermula jam 4.30 pagi.

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini nyata mendatangkan keterujaan buat rakyat Malaysia selepas ia ditangguhkan untuk dua edisi lepas ekoran pandemik C0vid-19 yang melanda dunia.

Ia dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk persembahan peserta, perarakan kebudayaan dan perbarisan anggota Angkatan Tent3ra Malaysia, P0lis Diraja Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk aset masing-masing. Antara yang paling mencuri tumpuan tentunya pertunjukkan udara melibatkan pesawat tempur negara seperti Sukhoi Su-30MKM dan F/A-18D Hornet.

Selain itu, perarakan melibatkan beberapa buah lori Milo turut mendapat tepukan gemuruh apabila ia mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak sebahagian rakyat Malaysia.

Sumber : Siakap Keli

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "Ada Yg Tanya Sebelum Subuh Sampai Dataran Merdeka Solat Subuh Atau Tidak Tak. Sekali JAWI Beri Rakaman Video Ini, subahanallah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*