Gigih tngkap gambar perarakan, gelagat UAI CURl perhatian ramai – “paling ‘steady’!”

Hari ini, ramai yang teruja apabila dapat merasai kemeriahan sambutan kemerdekaan kali ke- 65 yang diadakan di setiap negeri, setelah dua tahun kita tidak dapat meraikan kemerdekaan di negara kita ak!bat pandemik C0vid-19.

Tidak terkecuali, pendkwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus sempat meluangkan masanya untuk merasai sendiri sambutan kemerdekaan yang bertempat di negeri kelahirannya iaitu di Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @markmatt53, kelihatan Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hadir ke sambutan kemerdekaan tersebut dengan memakai jubah berwarna kelabu.

Steady UAI! beliau je yang boleh buat macam itu!.

Apa yang menarik perhatian netizen, UAI begitu teruja melihat perarakan yang dilakukan pada ketika itu sehingga beliau sanggup masuk ke kawasan perarakan tersebut semata-mata untuk mengambil gambar.

Tindakan pendkwah yang berusia 58 tahun itu ternyata mencuit hati ramai pihak kerana pada ketika itu, tiada siapa pun yang ber4ni untuk meneg0r atau menghal4ngnya untuk beredar dari kawasan tersebut.

Kalau nampak Zizan ni, habislah UAI kena bahan

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mengusik manja dengan mengatakan jika selebriti Zizan Razak melihat kelakuan UAI, sudah semestinya beliau menjadi ‘bahan’ gurauan pelakon itu.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih 1.7 juta tontonan dan meraih lebih 180,000 tanda suka daripada netizen selepas dimuat naik di aplikasi itu, hari ini.

Sumber: TikTok @markmatt53

Via omm

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "Gigih tngkap gambar perarakan, gelagat UAI CURl perhatian ramai – “paling ‘steady’!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*