Bayar Hutang Dulu Baru Nikah..Buat Senyap Saja, Aku Rugi Dekat RM4,000. Duit Aku Sendiri Tu..”

DALAM debaran menantikan bakal bergelar suami Jumaat ini, nama Shahir Zawawi terpalit dengan k0ntr0versi apabila ada pihak membangkitkan soal kegagalan penyanyi itu menjelaskan hut4ng. Dipercayai berhubung pembayaran berkaitan kerja-kerja dalam industri seni, seorang pengguna laman sos!al mendedahkan perkara itu menerusi ruang k0men sebuah portal berita yang memaparkan artikel mengenai penyanyi tersebut.

Menjawab dkwaan berkenaan, Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan perlu menyemak semula komen dibuat individu berkenaan. “Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu.”Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tidak tahu hujung pangkalnya,”

Menerusi ruangan k0men di portal berita berkenaan, seorang individu yang juga pekerja industri hiburan mendakwa mengalami kerugian ekoran wang pembayaran tugas dalam sebuah acara gagal dilunaskan penyanyi tersebut. K0men tersebut juga mendapat sokongan seorang lagi individu yang mendakwa perkara sama turut terjadi kepada beberapa syarikat pengurusan artis lain. “Bayar hutang dulu baru nikah.

Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu,” komen individu berkenaan. Sementara itu, berkongsi mengenai pernikahannya dengan Jaskin Jaludin pada 2 September ini, Shahir memberitahu sedang sibuk melakukan persiapan namun ia membantu mengurangkan debaran bergelar suami.

“Memanglah ada rasa berdebar nak jadi suami, tetapi dalam beberapa hari ini saya sibuk menguruskan hal perkahwinan. Jadi kuranglah sikit perasaan tak0t itu. Lebih memikirkan soal persiapan majlis. “Persiapan diri sendiri pula tidaklah 100 peratus kerana tugas sebagai seorang suami ini adalah satu proses yang akan berjalan terus. Banyak yang akan saya tempuh dan belajar selepas berkahwin nanti.

Sumber: Mstar

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "Bayar Hutang Dulu Baru Nikah..Buat Senyap Saja, Aku Rugi Dekat RM4,000. Duit Aku Sendiri Tu..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*