Terlalu Percayakan kawan Siap Bagi No. Pin ATM, Tak Pasal² Duit Kena ‘S0ngIap’ Dalam Diam.

Dalam setiap hubungan persahabatan, sudah pasti kita akan mempercayai kawan-kawan baik yang sudah lama kita kenali

Walau bagaimanapun, sudah ramai berkongsi kisah kawan tikam dari belakang gara-gara terlalu percayakan seseorang itu.

Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tuIar ini apabila seorang wanita berkongsi kisahnya yang pernah dikenakan oleh kawan baik sendiri telah mencuri tumpuan ramai.

 

 

Terlalu percayakan kawan sampai pernah bagi nombor pin ATM, sekali tak sedar duit lesap dalam diam

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ainantasneem92, kelihatan penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu ‘Aku Suka Dia’ satu ketika dulu menceritakan kisah dengan kawan baiknya sendiri.

Menurut Ainan, dia pernah meminta kawan baiknya semasa zaman belajar itu mengeluarkan duit untuk membeli buku. Tanpa memikirkan apa-apa, Ainan berkongsi nombor pin ATM dan terlupa untuk menukar semula pinnya selepas itu kerana tidak mengesyaki apa-apa.

Namun, sewaktu dia mendapat banyak tawaran persembahan, dia perasan duit dalam akaun banknya tidak bergerak. Sehinggalah pada satu hari terkantoi yang rupa-rupanya kawannya itu telah mencuri duitnya secara diam-diam.

“I pun putus kawan jugak. Coursemate a.k.a roommate. Tikam belakang pasal duit jugak. Bye-bye, kawan lebih 10 tahun” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 152K views, 10K likes dan 266 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya. Malah, ramai yang pernah mengalami masalah sama.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sumber says

Facebook Comments Box

Be the first to comment on "Terlalu Percayakan kawan Siap Bagi No. Pin ATM, Tak Pasal² Duit Kena ‘S0ngIap’ Dalam Diam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*