Vokalis Kristal, Ewal Selamat Bertunang Dgn Gadis Pilihan. Rupanya Tunang Dia Bukan Orang Lain Pun

SeIepas empat bulan menjalin hubungan cinta, penyanyi Ewal selamat mengikt tali pertunangan dengan wanita pilihannya iaitu Nur Syuhada Baharuddin pada Jumaat.

EwaI atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz Ismail, 29, bersyukur apabila majlis yang dirancang berjalan dengan lancar mengikut prosedur 0perasi standard S0P yang ditetapkan.

” Perasaan sangat bersyukur dan teruja rasa lain. Alhamduillah semua berjalan lancar.

” Sebab kita masuk ke fasa yang lebih matang untuk mengemudi satu nakhoda yang besar.

” Jadi ombak badai tu kena get ready la. InsyaAllah kalau betul caranya akan menjamin kebahagiaan di masa akan datang,” katanya kepada mStar.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Ewal dan Nur Syuhada, 33, dengan S0P ket4t.

Ujar Ewal yang juga vokalis kumpulan Kristal, majlis dilangsungkan di rumah Rody Kristal iaitu abang kandung kepada Nur Syuhada di Balakong, Selangor.

” Untuk majlis betul-betul family sahaja yang datang tidak melebihi 10 orang. Hanya keluarga saya dan Adda (Nur Syuhada).

Tambah Ewal, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan hujung tahun ini jika diberikan rezeki awal.

” Cadangan kahwin dalam tahun ni tapi tengok sekiranya tiada aral melintng jika ada rezeki.

” Kalau tak ada rezeki kita akan cari tarikh yang betul-betul sesuai sebab sekarang pun dalam keadaan pandemlk ni kita tak boleh nak jangka.

” Sekarang banyak benda tak boleh buat. Lebih baik selesaikan semua benda wajib dulu lepas itu baru plan buat majlis,” ujarnya.

Kenali siapa Nur Syuhada

Pernah dua kali gagal dalam perkahwinan, Adda, 33, atau nama penuhnya, Nur Syuhada Baharuddin tidak pernah serik untuk berkahwin lagi.

Adda yang juga bekas vokalis kumpulan Butterfly mengesahkan akan melangsungkan pernikahan dengan penyanyi yang juga vokalis kumpulan Kristal, Ewal, 29, hujung tahun ini.

Kemesraan mereka sebagai pasangan kekasih mula mendapat perhatian apabila sering berkongsi gambar bersama termasuk membuat ‘cover’ bersama untuk dimuat naik ke YouTube.

” Mungkin sebelum ini jodoh saya dengan lelaki berusia dan berada. Tapi kali ini jodoh saya dengan lelaki muda pula. Kekayaan pun tak pernah menjanjikan kebahagiaan.

” Barangkali saya sudah puas mencuba itu ini. Namun saya akur jodoh saya dengan dua perkahwinan terdahulu tak panjang.

” Insya-Allah saya dan Ewal memang merancang melangsungkan pernikahan hujung tahun ini. Semuanya masih dalam perbincangan,” katanya.

Adda yang juga adik kepada Rodi Kristal sebelum ini pernah dua kali berkahwin namun berakhir dengan pencraian.

Menerusi perkahwinan kedua, Adda dikurniakan sepasang cahaya mata, Tisha Deandra, 7, dan Aydan Zafarel, 6.

Adda menambah, dengan situasi semasa pandemlk C0VlD-I9, dia dan Ewal tidak mampu meneb4k apakah majlis boleh berlangsung secara fizikal atau dalam talian.

” Perjalanan menuju ke hujung tahun ini pun kita takkan tahu macam macam boleh berlaku.

” Macam hal pelamin insya-Allah akan diuruskan Ari Wedding. Baju pula dari Azura Couture,” katanya.

Adda berkata, mereka sudah kenal sejak 15 tahun lalu.

” Tapi hubungan kami selama ini atas p4ksi kakak dan adik. Kami kenal baik dengan keluarga masing masing. Hubungan itu terus terjalin walaupun tak berjumpa.

” Dijadikan cerita kami rapat balik bila sama sama buat ‘cover’ sejak Jun lalu. Tak sangka pula kali ini ‘terjeb4k’ boleh sampai ada perasaan biarpun masih baru jarak berkenaan,” katanya.

Adda turut menyifatkan Ewal seorang lelaki yang hormat orang, berkeyakinan tinggi, penyabar, lemah lembut, mat4ng dan menerima diri serta anak-anaknya.

Sumber:mstar dan wilayahku

Facebook Comments

Be the first to comment on "Vokalis Kristal, Ewal Selamat Bertunang Dgn Gadis Pilihan. Rupanya Tunang Dia Bukan Orang Lain Pun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*