Fazura dapat hadiah syiling emas daripada Permaisuri Selangor

PETALING JAYA – Aktres popular Fazura menzahirkan rasa tervja apabila menerima hadiah berupa beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Berita gembira tersebut dikongsi pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 37, dalam InstaStory miliknya hari ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menunjukkan dia menerima hadiah daripada Tengku Permaisuri Norashikin iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku keagamaan.

Dalam kad yang dikirim, tertulis ucapan terima kasih daripada Permasuri Selangor buat Fazura yang sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.

“Kepada Fazura, terima kasih kerana selalu menjadi insan yang baik untuk saya,” tulis Permaisuri Norashikin.

TANDA mata berharga daripada Permaisuri Selangor yang dikongsikan Fazura dalam Instagramnya.
Mengagumi keperibadian baginda , Fazura menitipkan ucapan terima kasih buat atas beberapa hadiah yang dikirimkan kepadanya.

“Sangat merendah diri dan jelita. Ini antara sebab saya mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin.

“Menjunjung kasih Tuanku. Saya akan simpan kepingan syiling emas ini untuk Fatima.

“Masya-Allah dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. Insya-Allah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini,” tulisnya.

Fazura bagaimanapun tidak mendedahkan alasan kiriman Permasuri Selangor buat dirinya.

Terdahulu, pelakon Remy Ishak dan isteri juga pernah mencurl tumpuan ramai apabila menerima bungkusan hadiah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai hadiah perkahwinannya pada 21 Ogos lalu. – K! ONLINE

KOMEN PEMINAT

Sumber:tranformasi

Facebook Comments

Be the first to comment on "Fazura dapat hadiah syiling emas daripada Permaisuri Selangor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*