“Vaksln Ni Tuh4n Ke? Nak Masuk Masjid, Mall Nak Kena 2 D0s Dulu”

Sebut saja nama penyanyi Suhaimi Saad pasti ramai tahu bahawa bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu pernah mencetuskan kontr0versi kerana pendirian antl vaksln dan pernah membuang ubat h0spital.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Suhaimi mempersoalkan adakah vaksln ini Tuhan sehinggakan untuk masuk ke masjid memerlukan dua d0s vaksln.

“Vaksln ni Tuhan ke apa? Nampak macam lebih besar pulak dari MyKad dan syahadah. Nak masuk masjid, haji umrah, mall, kedai makan, semua nak kena dua d0s dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaimi turut bertanyakan prosedur operasi standard (S0P) milik siapa dan turut disertakan dengan hashtag dajj4l.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Suhaimi memuat naik status bahawa vaksln tidak diwajibkan, namun segala aktiviti seperti ke masjid memerlukan dua d0s vaksln.

Jelasnya lagi, dia percaya kepada kekuasaan Allah dan tidak akan patuh kepada kerajaan yang z4lim. Katanya lagi, dia tidak kisah jika tidak dibenarkan melakukan apa sahaja yang memerlukan dua d0s vaksln.

“Tak wajibkan vaksln, tapi itu tak boleh ini tak boleh. Rentas negeri tak boleh, haji umrah tak boleh, solat jumaat tak boleh, semua kena dua d0s dulu. Ada aku kisah,” katanya.

sumber : rotikaya

Sebelum ini Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan hanya kariah yang lengkap dua dos suntlkan vaksln selepas tempoh 14 hari dari tarikh suntikan d0s kedua sahaja dibenarkan untuk hadir ke masjid di negeri ini berkuat kuasa solat zohor hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian selepas menerima perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa penularan pandemlk Covldl9 di dalam negara dan negeri ini.

Baginda bertitah, kariah yang menerima vaksln jenis Pflzer, Astrzeneca dan Sin0vac hanya boleh hadir selepas 14 hari dari tarikh suntlkan d0s kedua manakala penerima vaksln jenis Johnson & Johnson dan Cansino pula adalah selepas hari ke-28.

“Kecuali bagi petugas, adalah dilar4ng untuk keluar kariah untuk menunaikan solat atau hadir mengimarahkan masjid di kariah lain.

Selain itu, pegawai atau jemaah yang menetapi syarat di atas adalah dilarang untuk hadir jika mereka terlibat dengan aktiviti rentas negeri sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja setiap hari.

“Ahli keluarga mereka yang tinggal bersama dengan golongan yang melakukan rentas sempadan juga dilar4ng hadir melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua d0s suntlkan vaksln,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah, bagi tujuan kawalan, hanya aktiviti solat fardu lima waktu dan s0lat Jumaat sahaja dibenarkan dan aktiviti lain seperti kuliah agama dan ceramah adalah ditangguhkan.

“Manakala solat jenzh yang terdiri dalam kalangan petugas dan ahli keluarga terdekat tidak melebihi 12 orang adalah dibenarkan dengan syarat pematuhan ket4t prosedur operasi standard (S0P).

“Bagi mereka yang bermusafir, solat sebolehnya dilaksanakan di penginapan. Namun begitu, bagi aktiviti musaflr tanpa penginapan di Perlis, ruang solat disediakan di anjung luar masjid pada tiga waktu iaitu 5.30 petang hingga 6.30 petang untuk solat jamak taakhir zohor serta asar dan jam 9.30 malam hingga 10.30 malam untuk solat jamak taakhir maghrib dan isyak.

Dalam pada itu, ruang berkenaan disediakan pada jam 6.30 pagi hingga 7.00 pagi bagi solat subuh,” titah baginda.

“Para musafir hendaklah mematuhi segala S0P termasuk membawa sejadah sendiri serta menunaikan solat berjemaah yang terhad bilangan tiga orang dan hanya melibatkan mereka yang bermusaflr dalam kenderaan yang sama sahaja,” titah baginda.

Selain itu, baginda bertitah, akad nikah boleh dilaksanakan di premis persendirian dan di premis Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan mematuhi S0P yang telah ditetapkan.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Vaksln Ni Tuh4n Ke? Nak Masuk Masjid, Mall Nak Kena 2 D0s Dulu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*