“Menantu baru lah. Mentua baru kau ingat aku kahwin lain ke” Terkejvt Sheila Rusly

Tahniah diucapkan buat pelakon, Elisya Sandha, 21, yang telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan, Uzair Haqimy, 25, pada Sabtu.

Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan kira kira jam 3.11 petang tadi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.

Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Dilangsungkan sederhana sebagai mematuhi prosedur 0perasi standard (S0P), Elisya atau nama penuhnya, Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.

Menurut Elisya, dia dan suami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2022.
“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir.

Dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

Cuma tunggu ketibaan pengantin di rumah… Jelas kelihatan begitu gembira
Malah, Sheila hanya menonton sesi tersebut melalui rakaman live dan menunggu ketibaan kedua-dua pengantin di rumah sahaja.

Walau bagaimanapun, pelakon hebat tersebut jelas kelihatan begitu gembira apabila segala urusan berjalan dengan lancar dan cukup sederhana.

Boleh pulak silap tanya Sheila apa perasaan terima `mentua baru’…Terus buntang mata MUA

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, seorang MUA yang turut berada di rumah Sheila sempat merakamkan ucapan tahniah.

Walau bagaimanapun, niatnya untuk bertanyakan tentang perasaan menerima menantu baru hampir terima padah apabila tersilap menyebut `mentua baru’.

Kesalahan yang berlaku secara spontan itu membuatkan aktres tersebut terus terkejvt dan membuntangkan mata.

Sumber : Mediahiburan / Kisah Dunia / tlkt0k naomilarra

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Menantu baru lah. Mentua baru kau ingat aku kahwin lain ke” Terkejvt Sheila Rusly"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*