‘Tiada Siapa Tahu Jika Saya Makan Nasi Bungkus Sekali Pun’ – Akui Noralbaniah, Terp4ksa Hubungi Pengarah

” Saya tiada sumber pendapatan lain. Berlakon satu-satunya sumber pendapatan saya”

Itu luahan pelakon senior Noralbaniah Raffie, 52 selepas lebih tiga dek4d mencari rezeki sebagai anak seni.

Menurut Noralbaniah, dia tidak kisah untuk meneb4lkan muka menghubungi pengarah atau produser untuk bertanyakan peluang pekerjaan.

MemuIakan kerjaya lakonan seawal usia 19 tahun, Noralbaniah berkata, keadaan sekarang berbeza berbanding zaman mudanya dahulu.

Tambahnya, dahulu pelakon hanya menunggu panggilan telefon daripada syarikat produksi, namun sekarang, ditambah pula berdepan dengan ujian pandemlk C0VlD-19, peluang mendapatkan tawaran lakonan lebih mencabar.

” Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh duduk diam hanya menanti panggilan.

” Zaman dahulu mungkin saya boleh duduk bersenang-lenang, tunggu produksi telefon, tetapi sekarang, saya sendiri mencari tawaran lakonan.

Noralbaniah mengakui dia tidak boleh duduk berg0yang kaki di rumah menantikan panggilan.

Sebaliknya, anak kelahiran Perak itu berkata, dia perlu bersikap agresif dengan menghubungi syarikat produksi untuk bertanyakan tawaran lakonan sekiranya ada watak bersesuaian.

” Tiada apa yang perlu dimalvkan, tidak salah membvang eg0. Saya juga tiada sumber pendapatan lain. Lakonan hanya satu-satunya cabang saya tahu.

” Saya pula mencari rezeki sendirian, jadi tidak boleh terlalu memilih,” katanya kepada BH Online.

Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Syarra, 27, itu berkata, dia bertuah memiliki kakak dan abang yang sentiasa prihatin dengan nasib dirinya selepas pemerglan suami, Allahyrham Sudarman Daud, kira-kira 26 tahun lalu aklbat kmIngan.

” Adik beradik banyak membantu pelbagai sudut, malah sokongan mereka membuatkan hidup saya tidak pernah sunyi.

” Kini, pndemlk C0VlD-19 yang menyerang seluruh dunia membuatkan kehidupan saya kian menc4bar.

” Bagaimanapun, saya bersyukur tawaran lakonan tidak putus, malah saya juga sentiasa beringat dan tidak terikut-ikut dengan gaya hidup mewah,” katanya.

Pelakon filem Adik, Main-Main Hantu dan Kolej 56 itu berkata, dia bernasib baik kerana sebaik penggambaran selesai, barulah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

” Jadi, saya sempat menerima bayaran syarikat produksi. Hasil diperoleh itulah digunakan secara berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan harian.

” Saya tiada sumber pendapatan lain, malah pada usia begini, saya lebih beringat dan tidak menghabiskan duit sesuka hati.

Tiada siapa yang tahu jika saya makan nasi bungkus sekali pun

Lagipun, saya jenis yang tidak pandai bermewah-mewah. Mungkin saya sudah berusia, jadi saya juga tidak suka mempamerkan kesusahan dan kesenangan.

” Lagipun, saya jarang mengemas kini laman sosial. Jadi, orang luar tidak nampak dan tidak tahu bagaimana kehidupan saya.

” Orang luar tidak nampak saya makan di restoran mewah.

” Tiada siapa yang tahu jika saya makan nasi bungkus sekali pun. Ini kerana saya hanya berkongsi berkaitan kerjaya dalam laman sosi4l,” katanya.

Gambar- Noralbaniah ketika berlakon filem produksi Jakarta bersama hero popular Indonesia zaman itu, Rano Karno.

Mungkin disebabkan faktor usia, pelakon drama Scammer itu berkata, dia kurang betah sentiasa mengemaskini laman soslal.

Baginya, dia tidak perlu takvt tidak mendapat tawaran lakonan hanya disebabkan laman sosi4l tidak begitu aktif kerana sentiasa percaya pada rezeki.

Menjejakkan kaki dalam dunia lakonan atas pelawaan pelakon dan pengarah, Ahmad Fauzee, Noralbaniah juga tidak pernah tercabar dengan kehadiran pelakon baharu, malah kurang gemar apabila ada mengkrltlk mereka.

Baginya, pelakon baharu wajar diberikan peluang, bukannya terus dikrltlk.

” Saya perhatikan, kebanyakan pelakon baharu bukan tidak pandai berlakon, sebaliknya masih baru. Jadi, kita kena memberikan peluang dan masa untuk memperbaiki kelemahan diri.

” Sewaktu mencebvri dunia lakonan, usia saya baru 19 tahun. Ahmad Fauzee adalah insan yang bertanggungjawab membawa saya dalam dunia seni.

” Beliau juga banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman.

” Saya juga tiada mas4lah mengajar bakat baharu sekiranya ada yang ingin mendapatkan tunjuk aj4r ketika di lokasi penggambaran.

” Namun, sekiranya tidak berminat, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Katanya, dia tidak pandai bersikap smb0ng, sebaliknya tidak akan membalas dengan bersikap demikian jika ada pelakon baharu yang menymb0ng.

” Saya akan cuba melayan mereka dengan baik, biarpun ada yang berlagak. Bukannya apa, industri kita tidak besar mana. Bagaimana nak bekerjasama sekiranya mahu mempamerkan sikap smb0ng.

” Lagipun, saya sentiasa berpegang pesanan bapa jika ingin bergelar pelakon.

” Jangan rasa diri hebat. Kata-katalah itulah yang saya pegang hingga hari ini,” katanya.

Sumber:bharian

Kredit kepada penulis: Serimah Mohd Sallehuddin

Facebook Comments

Be the first to comment on "‘Tiada Siapa Tahu Jika Saya Makan Nasi Bungkus Sekali Pun’ – Akui Noralbaniah, Terp4ksa Hubungi Pengarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*