Azad Jasmin Tak Sampai Hati Lihat Rem4ja Jual Burger Dalam Hujan

Di Instagram, pelakon komedi iaitu Azad Jasmin atau dikenali sebagai Pak Azad berkongsi sebuah video memaparkan seorang remaja berniaga burger di tepi jalan dalam keadaan hujan.

Situasi tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian Pak Azad untuk membantu remaja berkenaan dengan membeli makanan tersebut.

Mereka mencari rezeki dalam hujan

Video pendek yang dikongsikan Pak Azad itu menyakslkan seorang remaja terpaksa menjual burger di lampu isyarat dan dipercayai lokasi tersebut di Shah Alam.

Pak Azad bagaimanapun kasihan melihat usaha remaja berkenaan berniaga dalam keadaan hujan dan membawa bersamanya beberapa biji burger yang telah dibungkus.

Menerusi posting tersebut, Pak Azad mengajak pengikutnya membantu dengan membeli makanan dari peniaga-peniaga kecil yang perlu berniaga demi kelangsvngan hidup mereka terutamanya dalam situasi negara berdepan dengan pandemlk.

Tol0nglah, sesiapa yang lalu kot area Shah alam, tol0nglah budak ni, dia tk minta duit, dia cuma minta anda kalau terjumpa dia, belilah burger dia nah. Anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda. Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, jagalah insan ini bersama keluarganya. Amin Amin Amin.

Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar.

Sumber: ohbulan

Sebelum ini

Sweetnya Azad Jasmin…Hadiahkan Eira Syazira Rumah Impian Siap Dengan Surau Mini Lagi!

Pelakon Azad Jasmin menunaikan impian isterinya, aktres Eira Syazira untuk memiliki sebuah ‘rumah impian’.

Azad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Azad turut merakam momen indah ketika membuat kejvtan untuk isteri tercinta.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik Eira di Instagram, Azad telah membawa Eira ke kediaman baru mereka, sebuah rumah dua tingkat sebaik sahaja isterinya selesai mengerjakan solat tarawih.

Eira yang dibawa ke ‘rumah impian’nya dalam keadaan mata tertutup tergamam sebaik sahaja tiba di kediaman baru mereka.

“Surprise!!!! Bismillahirrahmanirrahim, masuk inilah rumah kita,” katanya sambil memavt erat bahu Eira dan memimpin isterinya masuk ke dalam kediaman baru mereka yang berkonsepkan ‘modern luxury’.

Menerusi video berdurasi lebih 40 minit itu Azad turut membawa Eira melakukan ‘house tour’.

“Sebelum ni you selalu cakap nak meja makan yang boleh muatkan 10 orang makan…I adakan untuk u.

“Rumah kita ada surau juga, selepas ini kita tarawih sama-sama kat sini ya.

“Impian you untuk ada dapur kering dan dapur basah juga i tunaikan,” katanya kepada Eira.

Difahamkan, Azad mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkan hiasan dalaman kediaman tersebut tanpa pengetahuan Eira.

“I tlpu saya cakap kawasan sini ada kes C0vld-19,” dedahnya kepada Iera yang tertanya-tanya bila Azad melengkapkan keseluruhan hiasan bermula dari ruang tamu sehingga ke bilik tidur di ruangan atas.

Momen indah tersebut turut dikongsi Azad di laman sosi4l peribadi Instagramnya.

“Selepas 13 tahun tinggal di ‘rumah flat’ hari ini, pada bulan Ramadan yang mulia i hadiahkan rumah ini untuk u. i harap u suka.

“Sekarang ni i nak u pergi balik rumah dan ambil anak-anak kita sekarang juga bawa datang ke sini,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji Azad dan berasakan Eira seorang isteri yang bertuah.

Mereka turut mendoakan agar pasangan ini dilimpahkan rezeki dan kebahagiaan oleh Allah SWT sehingga ke akhir hayat.

Sumber : https://gempak.com/berita-terkini/sweetnya-azad-jasminhadiahkan-eira-syazira-rumah-impian-siap-dengan-surau-mini-lagi-49581.

Facebook Comments

Be the first to comment on "Azad Jasmin Tak Sampai Hati Lihat Rem4ja Jual Burger Dalam Hujan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*