Pendkwah terkenal Indonesia, UAS selamat nikahi gadis usia 19 tahun

Pendkwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) sah bergelar suami kepada seorang gadis yang dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud hari ini, lapor CNN Indonesia.

 

 

Menerusi laman Instagram, pendakwah berusia 44 tahun itu berkongsi foto majlis pernikahan bersama isterinya yang berusia 19 tahun dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

“Pernikahan UAS pada 16 Ramadan 1442H bertepatan dengan 28 April 2021 jam 16.30 Wib,” tulis kapsyen posting itu yang turut disertakan hadis Rasulullah SAW mengenai pernikahan.

 

 

Foto berkenaan menerima lebih 600,000 tanda suka selain puluhan ribu komen peminat dan pengikutnya yang mengucapkan tahniah selain mendoakan agar pasangan itu kekal bahagia hingga ke syurga.

 

Antara koleksi foto pernikahan

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Ima syahab (@princess_imasyahab29)

Terdahulu, UAS mendirikan rumah tangga dengan Mellya Juniarti pada 2012 sebelum bercer4i pada 3 Disember 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mizyan Hadziq Abdillah.

 

Sumber: CNN Indonesia , Instagram UAS

 

Via the informasi

Facebook Comments

Be the first to comment on "Pendkwah terkenal Indonesia, UAS selamat nikahi gadis usia 19 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*