Detik Detik Pengantin ‘Melet0p’ Neelofa Masuk Ke Dewan Tarik Perhatian Ramai, Cantik Nya Neelofa

Sebelum ini NeeIofa mengakui dia sudah mengenali Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail sejak tiga tahun lalu dan mereka sering bekerjasama dalam program dakwah namun tidak mendapat perhatian.

” Ramai orang yang tidak mengetahui sebenarnya saya dan ustaz Haris (Riz) sudah lama bekerjasama sejak tiga tahun lalu. Saya banyak membuat program yang melibatkan Haris dan juga ustaz Tarmizi.

” Tapi orang tak fokus sangat program tersebut sebab ia tidak melibatkan media tapi hanya untuk peminat saya serta mereka yang terlibat dalam NeeIofa hijab,” katanya kepada mStar.

Bercerita lanjut tentang keperibadian Riz, bekas pengacara program MeleT0P ini berkata, jejaka itu dianggap sebagai seorang pendakwah muda yang baik, bijak dan mempunyai tarikan tersendiri.

” Bagi saya dia seorang anak muda yang sangat bijak, ada latar belakang agama selain seorang pendakwah yang bagus.

” Dia boleh tarik orang untuk mendengar tazkirah. Tak semua orang ada tarikan itu,” kata NeeIofa lagi.

Suasana di sekitar Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur di mana majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz akan berlangsung sebentar lagi.

Majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon popular, Neelofa bersama pendakwah Haris Ismail bakal diijabkabulkan sebentar lagi.

Majlis berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dengan hanya keluarga serta rakan karib yang dijemput hadir.

Ketika ini, saudara mara dan tetamu sudah tiba di lokasi majlis akan berlangsung dengan semua berpakaian mengikut tema yang ditetapkan.

Desas desus pernikahan Neelofa dan Haris atau PU Riz mula mendapat perhatian apabila warganet mula berteka teki tarikh sebenar pernikahan mereka.

Pelbagai spekvlasi dan teka teki yang membanjiri ruang media soslal tetapi hari ini, pasangan sama cantik sama padan ini bakal disatukan.

Difahamkan majlis yang bertemakan Jabal Rahmah itu turut dihadiri tetamu yang memakai sepersalinan berwarna putih sesuai dengan kesucian sesebuah majlis pernikahan.

Neelofa sebelum ini juga menerusi instastorynya memohon agar peminat mendoakan segala urusan dan perancangannya berjalan lancar

Video:

Rujukan:https://wanista.com/

Facebook Comments

Be the first to comment on "Detik Detik Pengantin ‘Melet0p’ Neelofa Masuk Ke Dewan Tarik Perhatian Ramai, Cantik Nya Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*