“Percayalah kami bukan buat suka-suka, tapi perlu,”

Petaling Jaya: Sebanyak empat sek4tan jalan raya (SJR) dan lima penutupan jalan dilaksanakan di sekitar Petaling Jaya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa tengah malam tadi.

Ketua P0lis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, jalan ditutup adalah Jalan 4/56 Gasing Indah, Persiaran Mahogani, Persiaran Jati, Persiaran Sungai Buloh-Kota Damansara dan laluan tol Damansara.

Menurutnya, seramai 300 pegawai dan angg0ta p0lis termasuk Angk4tan Tentera Malaysia (ATM) yang ditugaskan meng4wal di SJR dan penutupan jalan itu.

“Selepas ini lima lagi SJR akan didirikan dan dua lagi jalan akan ditutup.

“Apabila semua dilaksanakan, jumlah keangg0taan akan ditambah antara 700 hingga 800 anggota,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengenai penutupan jalan, beliau menerima banyak bantahan daripada penduduk dan memohon maaf atas kesulitan itu.

“Statistik menunjukkan k3s c0v-19 antara Damansara dan Sungai Buloh sangat kritlkal berbanding PKP tahun lalu.

“Percayalah kami bukan buat suka-suka, tapi perlu,” katanya yang turut memohon kerjasama komuniti setempat bagi memastikan keselamatan dan ketent3raman terjamin.

Selain itu, katanya, lapan pasukan cantas dikerah melakukan pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan menceg4h kejadian jny4h.

Ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula hari ini di enam negeri termasuk Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, tinjauan di sek4tan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu mendapati aliran trafik masih tinggi.

Menurutnya, keadaan itu berlaku kerana kebanyakan perniagaan dan industri masih dibenarkan operasi oleh kerajaan.

“Keses4kan lalu lintas tidak dapat dielakkan bagi mengimbangi aktiviti ekonomi dan kesihatan awam, malah ia perlu diterima semua pihak

“Kel0nggaran selama tiga hari juga diberi kepada mereka yang mahu pulang ke kediaman asal, umpamanya pelancong domestlk yang bercuti di Pulau Pinang ketika pengumuman PKP, namun orang ramai diminta supaya tidak mengambil kesempatan atas kel0nggaran itu,” katanya di sini, hari ini.

Dalam tinjauan itu, didapati keses4kan traflk berlaku sepanjang lima kilometer dari Jalan Tun Dr Lim Chong Eu ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang.

Ada beberapa pemandu yang didapati tidak mempunyai surat kebenaran daripada majikan bagi merentas daerah untuk bekerja dan ada antaranya diarahkan supaya berp4tah balik.

Soffian berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pengguna jalan raya sekiranya alasan yang diberikan bagi merentas daerah atau negeri adalah tidak mun4sabah.

“Ada yang cuba nasib merentas daerah tanpa surat kebenaran namun setakat ini, mereka diarahkan supaya berp4tah balik.

“Kita akan lihat kesalahan dan jika (alasan) tidak mun4sabah, mereka akan diambil tindakan k0mpaun,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber:mediakl

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Percayalah kami bukan buat suka-suka, tapi perlu,”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*