Discaj Rabu lalu, Alif Satar syukur disahkan bebas C0v1d-19 – “Saya mahu luangkan masa bersama keluarga sebelum kembali bekerja”

SELEPAS 12 hari mendapatkan rwatan dan menjalani kuarantln di Hospltal Melaka, penyanyi Alif Satar akhirnya disahkan bebas daripada v1rus C0v1d-19.

Alif, 30, meluahkan rasa syukur apabila dibenarkan pulang bertemu keluarga di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersama keluarga tersayang.

Alif buat persembahan pada episod pertama SFMM35.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri yang cukup prihatin dan bertindak pantas mengambil tanggungjawab dengan membuat ujian saringan selepas Alif dis4hkan posltif C0v1d-19, ” ujarnya kepada mStar.

Hentikan stlgma neg4t1f, memul4u, mengasingkan dan memandang ser0ng kepada mereka dijangkiti w4bak ini.

ALIF SATAR

PENYANYI

Pada 22 November lalu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dirinya positif C0v1d-19 iaitu dua hari selepas membuat persembahan di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) episod pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam.

Susulan itu, SFMM35 episod ketiga yang sepatutnya berlangsung pada malam Ahad itu terpksa ditvnda ke tarikh lain.

Alif Satar rindu isteri dan anak-anak.

Dalam pada itu, Alif turut meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya selepas hampir dua minggu berjauhan.

Kata penyanyi lagu I Want You To Love Me ini, dia akan mengambil masa beberapa hari untuk meluangkan bersama keluarga sebelum kembali bekerja seperti biasa.

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi Alif akan mengambil masa beberapa hari untuk bersama seluruh ahli keluarga sebelum kembali bekerja, ” ujarnya.

Sesungguhnya, rasa syukur yang tidak putus-putus saya lafazkan buat Maha Kuasa apabila dimaklumkan bahawa semua yang terlibat di set penggambaran, rakan-rakan artis dan krew produksi MuzikMuzik negatif dan bebas dari C0v1d-19.

“Saya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, saya cukup terharu apabila menerima banyak titipan doa, mesej kata-kata semangat dari seluruh rakyat Malaysia. Keluarga saya yang turut terkesan, menerima sokongan dari ahli keluarga, rakan-rakan malah komuniti jiran tetangga saya turut membantu tidak kira dari sokongan m0ral dan tenaga bagi meringankan bebanan dan kerlsauan yang harus kami lalui,” beritahunya.

Alif juga turut memberi penghargaan kepada doktor serta jururawat yang berada di barisan hadapan di H0spital Melaka dan H0spital Sungai Buluh terutamanya yang menjaga diri dan keluarganya sebelum ini.

Sementara itu, Alif meminta masyarakat hentikan stigma negatif terhadap pesaklt C0v1d-19 yang boleh memberi kesan kepada mereka.

“Hentikan stlgma neg4t1f, memul4u, mengasingkan dan memandang ser0ng kepada mereka dijangklti wbak ini. Tiada siapa yang minta untuk dijangklti, ” ujarnya.

Sumber: Mstar via Gempak

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Discaj Rabu lalu, Alif Satar syukur disahkan bebas C0v1d-19 – “Saya mahu luangkan masa bersama keluarga sebelum kembali bekerja”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*