Wanita Dukung Anak Ketvk Cermin Kereta. Ditanya Kenapa, Sekali Suaminya Keluar Dengan Muka Malu2

Satu perkongsian kisah yang benar-benar berlaku dalam kalangan masyarakat kita yang menyentvh hati ramai.

 

Dikongsikan oleh seorang individu yang juga seorang guru, Pe Chey, di Facebook beliau yang meraih 3.2k tanda suka dan lebih 1k perkongsian.

 

Saya kelindan lori bang…

 

” Bang, minta maaf, boleh tak belikan saya susu anak dengan beras? Saya tak ada duit bang. anak menangls lapar. ”

 

Seelok sahaja aku hampiri kereta, usai belikan barang untuk asnaf, seorang wanita mendukung anak, mengetvk cermin kereta. Isteri aku ketakvtan. Dia ingatkan sindiket apa.

 

” Mana suami adik? Meh-meh ikut abang masuk Ecornmart. Meh beli apa perlu.”

Suaminya keluar daripada kereta. Malu-malu dia. Ketara muka orang bermsalah. Banyak memikir mungkin. Kita golongan marhaen.

” Kau kerja apa dik? Ada kerja lagi tak ?”.

” Saya kelindan lori bang. Takde trip jauh bila PKP ni. Gaji pun banyak lari. Maaf bang menyusahkan.”
” Tak apa, kau masuk, abang tunggu kat kaunter. Ambiklah apa perlu.”

Dia segera masuk. Di tangannya, ada sekampit beras 10 kilo dan paket susu anak.

” Bang, boleh saya ambil pampers anak satu?”
” Ambik dik, tak apa.”

Aku ambilkan sepaket cokelat KitKat. Anaknya 2 orang ada dalam kereta. Kecil lagi.

Masa kat kaunter nak bayar,
” Bang, saya ada banyak ni je, ambillah. ”

Dia tunjukkan not sepuluh ringgit pada aku.

” Tak apa. Kau simpan. Guna elok-elok.”

” Terima kasih bang. Besar jasa abang tolong ni. Nanti saya gaji, saya bayar. Bagi nombor telefon abang. ”
” Tak payah dik. Ini abang bayar guna duit Dana Kita. Kau doakan penyumbang dan abang murah rezeki. Abang NGO Dana Kita dik.”

Sambil aku tunjukkan di telefon, apa tu Dana Kita. Dia mengangguk. Mukanya berubah.

” Ya Allah bang, memang tuhan jumpakan kita.”
” Ye dik, kau jumpa orang yang betul hari ni.’

Aku lambai anaknya sambil suakan paket KitKat. Anaknya berebut sambil ketawa.

Ini kisah benar yang berlaku petang tadi. Ajaib. Tuhan pertemukan aku dengan mereka yang terd3sak hidupnya. Mereka kadangnya tak tahu kat mana nak mintak bantu. Sedlhnya.

Inilah aku, cikgu Mohd Fadli Salleh dan semua AJK Dana Kita lakukan sepanjang PKPB ini. Kami bergerak setiap hari tanpa henti. Ada kisah yang sempat kami kongsikan dengan kalian, ada yang tak sempat nak dikarang.

Kami kena bantu mana yang termampu.

Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Maybank
564221646925

Seringgit daripada anda sangatlah bermakna.

Sumber: FB Pe Chey

Via asiakini

Facebook Comments

Be the first to comment on "Wanita Dukung Anak Ketvk Cermin Kereta. Ditanya Kenapa, Sekali Suaminya Keluar Dengan Muka Malu2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*