Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bers4lin anak kembar lelaki dan perempuan

ALHAMDULILAH! Isteri kepada angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat melahirkan anak kembar mereka pada jam 9.47 pagi, bayi lelaki dan 9.48 pagi, bayl perempuan hari ini melalui kaedah pembed4han di Sunway Medical Centre.

 

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi sebuah video bilik bayl yang telah cantik berhias sedia menanti kehadiran orang baru di Instagram miliknya.

 

Katanya juga, Dr Halina dimasukkan ke h0spital untuk C-Section pada jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, isterinya dinasihatkan untuk melahirkan bayl tersebut pada minggu lalu tapi berjaya bertahan sehingga 35 minggu.

 

Katanya juga dalam k3s pre-eclampsia, satu-satunya rwatan yang ada adalah melahirkan bayl itu. Ia berislk0 untuk menunggu lebih lama.

 

Akhirnya mereka memilih hari ini, Jumaat 20.11.20 dengan harapan ia akan menjadi baraqah untuk semua.

 

Sebelum ini pasangan bahagia ini turut dianugerahkan sepasang kembar lelaki.

Minggu lalu, Dr Sheikh memaklumkan isterinya berdepan kandungan yang membimbangkan dan boleh menyebabkan nyawa ibu serta bayl berada dalam keadaan bahaya jika tidak dirwat.

Sekadar info, pasangan bahagia ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Tahniah Dr Sheikh Muszaphar dan seluruh keluarga!

sumber: sinar

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Isteri Dr Sheikh Muszaphar selamat bers4lin anak kembar lelaki dan perempuan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*