“Awak Cina kan, Tapi Kenapa anak awak pakai tudung” – Ini Jawapan Menyentvh Hati Seorang Bapa Bukan Islam

Jarang sekali kita dengar kisah mana-mana ibu bapa bukan Islam yang bersetuju kalau anak mereka tiba-tiba luahkan hasrat untuk menukar agama. Tapi kata-kata seorang uncle Cina ni kepada anaknya mungkin akan buat korang semua tersentvh.

Menerusi posting seorang mualaf bernama Jinghan Naan di Facebook, wanita ini berkongsi kata-kata indah daripada bapanya tentang mengapa dia menyokong tindakan anak perempuannya untuk menukar ke agama Islam

“Waaa! Awak benarkan dia tukar agama? Tak hal4ng dia?”

Menurut Jinghan, semuanya bermula apabila minggu lepas bapanya minta dia belikan sesuatu dari Carousell. Jinghan berhubung dengan penjual tersebut dan beri alamat kepada bapanya untuk ambil barang itu.

Tapi bila bapanya sampai di sana, si penjual (uncle Melayu) terkejvt sebab dia ingat pembelinya tu seorang berbngsa Melayu.

“Huh? Awak Cina? Saya ingat awak Melayu!”

“Tak adalah, itu anak saya.”

“Tapi anak awak pakai tudung. Awak Cina Muslim ah?”

“Anak saya Cina Muslim. Dia masuk Muslim.” (Bapa masih tak faham apa itu Islam dan Muslim)

“Waa awak benarkan dia tukar agama? Tak hal4ng dia?”

“Tak pernah hal4ng, saya support!”

“Waaa, awak ni baguslah, kenapa awak sokong?”

“Kenapa semua orang terkejvt bila saya beritahu yang saya benarkan awak tukar agama?”

Bila ada orang yang mempersoalkan kenapa dia tak hal4ng anaknya tukar agama, bapa Jinghan terus tanya dia,

Kenapa semua orang terkejumvt bila saya beritahu yang saya benarkan awak tukar agama?”

Kata Jinghan, “Sebab papa rare la! Kebanyakan ibu bapa takkan benarkan. Sebenarnya pa, kenapa awak benarkan saya tukar agama?”

“Sebab saya mengerti tentang keh!dupan. Sebab saya mengerti apa yang dimaksudkan dengan mencari kebahagiaan.

“Apa tujuan kita dalam h!dup ini? Untuk mencari kebahagiaan.

“Lain orang lain cara mereka mencari kebahagiaan. Ada sesetengah cari dalam kekayaan, ada pula dalam keluarga dan ada yang lainnya dalam agama…

“Sebagai ibu bapa, apa yang kita paling inginkan? Kita mahu anak-anak kita bahagia.

“Setiap agama mengajar kebaikan. Kalau awak beritahu saya yang agama ini beri kebahagiaan, kenapa saya nak halang?”

Allah sayu hati mendengarnya!

“Dia tidak kisah apa yang masyarakat nak kata, apa yang keluarga lain fikir”

Kata-kata yang diucapkan bapa Jinghan ni memang menyentvh hati anaknya dan bagi Jinghan, bapanya ini seorang yang simple dan tak kisah dengan apa yang orang cakap mengenainya.

Ramai yang mungkin ada pemikiran yang sama macam bapanya, tapi apa yang membuatkan bapa Jinghan berbeza ialah dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya.

“Dia selalu buat apa yang dia kata. Dia tak kisah apa yang masyarakat atau ahli keluarga lain nak fikir tentangnya dan tambah-tambah sekarang ni saya dah tak boleh lagi makan bersama BBQ kegemarannya.

“Apa yang penting dia nak saya bahagia.”

Syukur Alhamdulillah admin mendengarnya. Bertuah Jinghan ada bapa yang memahami. Admin doakan semoga keluarga ini dikurniakan taufik dan hidayah serta semoga Jinghan jugak sentiasa istiqamah dengan apa yang dilakukannya.

Sumber lobak merah.

Via tranformasi

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Awak Cina kan, Tapi Kenapa anak awak pakai tudung” – Ini Jawapan Menyentvh Hati Seorang Bapa Bukan Islam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*