Kerja Part Time Alam Flora Demi Hantar Duit Kat Ibu di Kampung, Pelajar S3bak Dapat Hadiah Motor Baru

Masih ingat pelajar IPTS yang ditngkap waktu keluar cvri-cvri hanya untuk buat part time Alam Flora?

 

Malam ini kami belikan dia motor baharu!

 

” Nak tak kalau kami belikan awak motor? Senang awak nak buat part time Grab Food ke, Food Panda ke, atau part time kat mana-mana”, s0al wardennya.

 

” Eh tak pyah sir. Bagi orang lain yang lebih susah. Saya tak nak lah. Tak apa, saya ke mana-mana jalan kaki atau tvmpang kawan je,” balas budak ini.

 

” Jangan macam tu. Senang untuk awak bergerak, lagi pun awak ada lesen. Lebih mudah awak nak buat kerja nanti. Nanti dapat buatkan income lebih, lebih juga awak boleh kirim kat mak kat kampung,” balas sir Muhammad Irwan.

Lama budak ni termenung. Memikirkan kata-kata wardennya itu.

” Boleh sir. Dengan satu syarat”.

” Syarat apa pulak?”

” Nanti dah habis belajar, saya wakafkan semula motor tu untuk sesiapa yang memerlukan”.

Allahu. Bagus betul pekerti budak ni. Langsung tak ambil kesempatan walau orang dah nak bagi peluang.

Memang jujur sungguh orangnya. Setiap bulan dia dapat pinjaman MARA RM600. RM300 dihantar kat mak dia kat kampung. Hasil kerja part time pula biasanya dia hantar sekitar RM100 lagi seminggu.

Allah! Kita yang kerja gaji rm2000 – rm3000 pun tak kirim duit sebanyak itu kat mak kat kampung.

Budak ni hidup berjimat cermat sungguh. Ada duit lebih semua hantar kat mak.

Adik-beradik dia 3 orang masih belajar. Mak kerja cleaner sahaja, ayah sudah uzvr. Abangnya pula ada yang 0KU.

Saat rakan sebayanya menikmati hidup sebagai seorang pelajar kolej dengan bercinta, bermain snooker, futsal, lepak-lepak kedai mamak, main game dan sebagainya, dia berjimat cermat dan gunakan semua masa lapang untuk bekerja dan membantu keluarga.

Pelajar ni dalam pelajaran pun okey. Pointer setiap semester lebih 3.0. Kira okey sangat untuk pelajar sepertinya yang kekurangan semua benda.

Seronok aku lihat masih ada pelajar seperti ini. Yang berjuang dan berkorban untuk keluarga sendiri sambil menyambung pelajaran.

Kebetulan lepas aku tulis kisah tentang dia, ada beberapa kawan maya pm nak kirim sumbangan untuk pelajar ini.

Aku bagi nombor akaun Dana Kita. Kumpul kat situ, tambah duit aku sikit, tambah duit sumbangan orang ramai sikit dan beli motor baharu terus hari ni.

Siap tukar nama terus buat dah tadi. Alhamdulillah.

Semoga pelajar ini terus maju jaya, terus membantu keluarganya dan berjaya menjadi seseorang suatu hari nanti.

Kepada adik-adik di IPTA dan IPTS, ambil kisah ini sebagai taul4dan. Jadikan anak muda ini sebagai sumber inspirasi.

Sanggup bekerja sapu sammpah dari jam 10 malam hingga 6 pagi dengan gaji Rm45 sahaja demi membantu keluarga.

Saat ramai dikalangan kalian bersungut duit tak cukup dan meminta-minta pada ibubapa, dia pula melakukan sebaliknya. Mengirim RM500-RM700 sebulan pula pada ibu di kampung.

Makan berjimat, pakaian biasa-biasa, tidak bor0s dan tidak membuang masa.

Setiap masa lapang, dia cari apa jua kerja untik jana pendapatan tambahan.

Bukan untuk bermewah, bukan untuk berjoli, bukan untuk diri sendiri, tapi untuk dikirim pada keluarga di kampung.

Alangkah hebat semangat pelajar ini. Semangat seperti ini perlu ada dalam diri setiap kita. Tak kisah yang muda, mahu pun dah berkeluarga.

Semangat dan berjuang untuk mengubah nasib diri. Semangat untuk membantu keluarga. Semangat yang kent4l dan tidak pernah lvntur walau penuh dengan cab4ran.

Semoga kisah ini memberi satu rasa di hati kalian.
Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Sumber: FB cikgu Mohd Fadli Salleh

Via asiakini

Facebook Comments

Be the first to comment on "Kerja Part Time Alam Flora Demi Hantar Duit Kat Ibu di Kampung, Pelajar S3bak Dapat Hadiah Motor Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*