Bernikah Dengan Sabrina Ali? Ini Jawapan Saiful Apek

Pelawak Saiful Apek hanya memberikan jawapan ringkas apabila ditanya mengenai fotonya dan pelakon Sabrina Ali yang dimuat di laman soslal Instagram petang tadi (Selasa).

 

Mengulas lanjut mengenai foto tersebut, Saiful ketika dihubungi Gempak memberitahu akan mengumumkan mengenainya tidak lama lagi.

 

“Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti.

“Tiba masanya nanti, Insya-Allah,” jawabnya ringkas.

 

Saiful dan Sabrina pada petang Selasa memuat naik foto berbaju Melayu dan berkebaya putih di laman soslal IG masing-masing.

 

Foto tersebut kemudiannya mencetvskan tanda tanyadi kalangan peminat Saiful dan Sabrina apabila menulis kapsyen seolah-olah telah selamat mendirikan rumah tangga.

Menerusi pemerhatian Gempak, Saiful mula berkongsi foto mesra di IG bersama Sabrina sejak beberapa hari lalu.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff pernah mendirikan rumah tangga dengan Roslina Abu Hassan pada Jun 1994.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Syukur اَلحَمْدُ لِله • selesai sudah 😎 @sabrina_ali_dad_khan

Siaran dikongsi oleh SAIFUL APEK ®™ 🇲🇾 (@saifulapek) pada

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Sumber:tehtarikkaw

Facebook Comments

Be the first to comment on "Bernikah Dengan Sabrina Ali? Ini Jawapan Saiful Apek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*