“Lawanya! Love tervk….” Penampilan Raja Permaisuri Ag0ng Di P4rlimen Jadi Buah Mulut Netlzen..

Raja Perma1suri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraih tumpuan wargamaya menerusi busana mewahnya sewaktu mencemar duli ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, P4rlimen ke-14 pada Isnin.

Menerusi laman soslal Instagram, pereka tersohor Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi beberapa keping foto bersama Tuanku sewaktu berada di bangunan P4rlimen.

“Lepas rindu berbokbek dengan Tuanku. Junjung kurnia dan kasih Tuanku,” tulis Rizalman sebagai kapsyen.

Busana yang mendapat jolokan nama ‘baju kurung Tuanku Raja Perma1suri Agong’ yang berwarna kuning keemasan itu dilihat cukup sempurna dan terletak.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

lepas rindu berbokbek dgn Tuanku. . . . Junjung Kurnia & Kasih Tuanku

Siaran dikongsi oleh rizalman71 (@rizalman71) pada

Tidak lengkap rekaan tanpa adanya selendang menutupi dada serta tudung empat segi dan aksesori kebesaran.

Hasil tinjauan Gempak di ruang k0men, hasil rekaan Rizalman itu sangat menambat hati kaum wanita.

“Cantiknya baju Raja Perma1suri Agong, macam pengantin!” puji seorang wargamaya.

“Sukanya tengok baju Tuanku, berseri betul,” kata seorang wargamaya.

“Cantik betul baju Tuanku, nampak macam pari-pari,” k0men seorang wargamaya.

“Ya Allah anggunnya Tuanku Perma1suri. Datuk pun segak la kemain,” ucap seorang wargamaya.

“Lawanya! Love tervk,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Rizalman itu telah mendapat hampir 90,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Lawanya! Love tervk….” Penampilan Raja Permaisuri Ag0ng Di P4rlimen Jadi Buah Mulut Netlzen.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*