Sisa-Sisa Hidup Saya Untuk Bantu Agama Dan Bangsa – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap sisa-sisa hidupnya yang kini sudah berusia 95 tahun adalah untuk membantu bangsa dan negara.

Bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu juga sedar pada umur sedemikian, beliau sepatutnya sudah bersara.

Namun jelas bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, beliau melihat banyak perkara yang tidak berlaku ketika ini hingga ada pihak yang meminta pertolongannya.

“Orang minta tolong, tak kan tidak tolong. Sisa yang ada untuk bangsa dan negara.

“Hendak dapat pangkat dan wang semua sudah ada. Kalau orang minta tolong, kalau tidak tolong tidak baik. Sebab itu saya ada di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas majlis memperkenalkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Taman Slim Permata di sini malam ini.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Mahathir turut mengumumkan nama parti baharunya adalah Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang diasaskan berdama bekas lima lagi ahli Parl!men Bersatu dengan menamakan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebagai calon mereka atas tiket bebas.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Setiausaha Agung p4rti itu, Datuk Marzuki Yahya.

Hadir sama adalah pemimpin dari parti komponen Pakatan Harapan seperti Pres!den Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke. – SUMBER

Via tranformasi

Facebook Comments

Be the first to comment on "Sisa-Sisa Hidup Saya Untuk Bantu Agama Dan Bangsa – Tun M"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*