Lekvk kal1mah Allah di telinga anak ke-5 pelakon gerak khas

Teruja menyambut kelahiran anak kelima, namun apa yang lebih istimewa pada anak b0ngsu pelakon Gerak Khas, Mohd Zamri Ibrahim itu kedua-dua telinga bayl itu mempunyai tanda kelahiran menyervpai tulisan kalimah Allah SWT.

Menurut Zambri, perkara itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, sehari selepas anak mereka dilahirkan. Isterinya selamat melahirkan bayl perempuan 21 Julai lalu yang diberikan nama Faizatul Azwin Mohd Zamri.

“Ketika isteri melahirkan anak perempuan kami, saya tidak berada bersamanya kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan.

“Namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp untuk iqamatkan bayl kami yang baru dilahirkan,” katanya kepada BH Online.

Dia dan isteri tidak menyedari tanda istimewa yang ada pada anak mereka sehinggalah pada keesokan harinya ketika isteri hendak menyusukannya, ternampak tulisan menyerupai kalimah Allah SWT di kedua-dua telinga.

“Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.

“Saya terkejvt, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kal!mah Allah SWT.

“Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna,” katanya.

 

Zambri berkata sepanjang tempoh kelahiran, isterinya sentiasa mengamalkan membaca ayat suci al-Quran bagi memudahkan proses bersal!n.

“Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi. Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu berselawat,” katanya.

 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Salam Aidiladha…pada semua…. kami beraya d sini hari nie…😀😀😀

Siaran dikongsi oleh zzamrie (@zzamrie) pada

Sumber: rotikaya

Via trendinggiler

Facebook Comments

Be the first to comment on "Lekvk kal1mah Allah di telinga anak ke-5 pelakon gerak khas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*