Wanita Ini Tak Sangka Menjadi Insan Terpilih Untuk Menunaikan Haji Masa C0vld 19

Seorang rkyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penvlaran wbak c0vld-19.

Dapat tiket emas

Menurut laporan Al Hijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu tak sangka memperoleh rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana idak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya menerusi laporan Hajj Media.

Selain itu, beliau menganggap peluang tersebut merupakan hadiah hari jadinya yang jatvh pada 28 Julai ini. Betulla orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat.

Memetik laporan The Malaysian Insight pula, Fawziya sekurang-kurangnya menjadi antara lapan rkyat Malaysia yang terpilih terdiri daripada pelajar serta pekerja di negara berkenaan.

Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja oleh ker4jaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Julai ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.

Semoga wanita ini memperoleh perlindungan dari vlrus berbahaya itu semasa menunaikan kewajiban di tanah suci. Marilah sama sama doakan kita juga dapat tunaikan ibadah itu bersama keluarga suatu hari nanti.

Ha dah baca, jangan lupa k0men!

Sumber : soyalemon

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Wanita Ini Tak Sangka Menjadi Insan Terpilih Untuk Menunaikan Haji Masa C0vld 19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*