Achey akhirnya miliki kediaman tiga tingkat, Hasil simpanan 10 tahun, terpksa ‘let go’ 4 motosikal

IMPIANpelawak Achey untuk mempunyai kediaman idaman tercapai apabila dia berjaya memiliki sebuah rumah teres tiga tingkat di Sungai Buloh, Selangor.

Menurut Achey, dia dan isteri menggunakan wang simpanan untuk membeli kediaman itu dan dijangka berpindah selepas Hari Raya Aidiladha ini.

“Alhamdulillah… 10 tahun impian saya nak memiliki rumah itu! Sekarang sedang proses ubahsuai dan tak lama lagi siaplah.

“Kemungkinan selepas raya haji kami sekeluarga akan pindah. Rumah itu dibeli hasil wang simpanan dan saya jual empat buah motosikal… bukan beli tunai, masih lagi hvtang bank!

Achey beli kediaman baharu untuk keselesaan keluarga.

“Berapa harga itu biarlah rahsla tapi biasa-biasa saja, lengkap dan selesa untuk keluarga kami,” katanya kepada mStar.

Achey ditemui semasa pelancaran produk wangian Sugar Bomb X Achey yang diadakan di Shah Alam, baru-baru ini.

10 tahun dik bukan tahun yang sikit nak fokus kumpul duit, jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian

ACHEY

PELAWAK

Sebelum ini, Achey berkongsi beberapa keping foto hiasan dalaman rumah baharunya selepas proses pengubahsuaian di laman Instagram pada Khamis.

Achey muat naik foto teaser keadaan rumah baharunya di Instagram.

“Tibalah masa saya bagi teaser gambar-gambar yang korang nak tahu sangat rumah baharu saya.

“10 tahun dik bukan tahun yang sikit nak fokus kumpul duit, jual benda yang bukan keperluan untuk dapatkan rumah impian,” tulisnya.

Achey dan isteri Nor Hasanah Yahya mendirikan rumah tangga sejak sembilan tahun lalu dan mengambil anak angkat diberi nama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mstar

Via diari dunia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Achey akhirnya miliki kediaman tiga tingkat, Hasil simpanan 10 tahun, terpksa ‘let go’ 4 motosikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*