“Jumaat diumum sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini…” – Dr Zulkifli

Hari Jumaat diumumkan sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Menteri di Jabatan Perdna Mnteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan hari ini berkata usul ini telah dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Mnteri pada Rabu lepas dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah mnteri.

 

Jumaat hari jawi

“Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensl di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerjaan (NGO) dan seluruh rkyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini…”

Hari Jumaat, hari jawi

Beliau berkata bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Mnteri di Jabatan Perdna Mnteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi mulai hari ini.

Zulkifli berkata penggunaan tulisan Jawi juga akan turut diperluas meliputi penyampaian maklumat menerusi platform media soslal rasmi agensl di bawahnya.

Katanya, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Sksyen 9 Akt4 Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Akt4 itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melrang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Sumber : Bernama

Via omm

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Jumaat diumum sebagai ‘Hari Jawi’ bermula hari ini…” – Dr Zulkifli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*