Guru Besar sempoi dakl bukit, ‘online meeting’ tengah hutan… Gadis terkejvt bapa muncul dalam grup WhatsApp – “Dapat mesej hari sama ayah hantar kira bertuah”

GAMBAR dan video yang dikongsikan oleh seorang bapa menerusi aplikasi grup WhatsApp keluarganya menjadi tanda-tanya.

Seorang lelaki kelihatan duduk di dalam hutan, dengan sebuah komputer riba yang diletakkan di atas sebuah kerusi plastik.

“Sedang bermesyuarat maya di dalam hutan pagi ini. Cari line,” kata bapa seorang gadis, dan tngkapan skrin perbualan itu dikongsikan di laman Twitter.

Gadis berkenaan, Anis Hanani Rabdunieh berkata, perkongsian bapanya menerusi grup aplikasi WhatsApp sememangnya mengejvtkan.

Perbualan bersama bapa Anis menerusi aplikasi grup WhatsApp familinya.

Ini kerana bapanya ketika itu bertugas di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman dekat Ranau, Sabah, dan mengalami msalah akses Internet.

“Ayah saya bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Nukakatan, di kawasan pedalaman dan sepanjang di sekolah, ayah memang jarang mesej sebab tak ada akses Internet.

“Kalau pagi ni ayah hantar mesej, esok baru kami dapat. Kalau dapat mesej pada hari sama ayah hantar tu kira nasib bertuah. Bila ayah hantar mesej dan terus kat grup WhatsApp famili memang terkejvtlah kami,” katanya kepada mStar.

Komputer riba di atas kerusi plastik di dalam hutan sebelum memulakan ‘online meeting’.

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, bapanya, Rabdunieh Jalil, 58, menetap di kuaters dekat sekolah dan hanya pulang ke rumah di pekan Ranau sekali seminggu.

“Kebiasaannya kalau ayah ada mesyuarat di luar, dia akan pulang ke rumah atau terus ke pekan. Perjalanan sehala dengan menaiki kereta mengambil masa antara dua hingga tiga jam.

Tapi disebabkan PKPP (Perlntah Kwalan Pergerakan Pemulihan) dan sekolah akan dibuka semula, ayah tetap bertugas di sekolah dan dia perlu membuat online meeting dengan pihak PPD (pejabat pendidikan daerah).

“Disebabkan tak ada akses Internet di sekolahnya, ayah terpaksa masuk ke dalam hutan dan cari tanah tinggi untuk buat online meeting,” katanya sambil menambah bahawa sekolah di tempat bapanya bertugas juga masih menggunakan tenaga solar untuk bekalan elektrik.

Bapa Anis, Rabdunieh Jalil, merupakan guru besar di SK Nukakatan, di pedalaman Ranau, Sabah.

Walaupun belum berpeluang berkunjung ke SK Nukakatan sejak bapanya bertugas sebagai guru besar di sekolah itu kira-kira tiga tahun lalu, Anis dimaklumkan bahawa perjalanan ke sekolah tersebut bukan semudah yang disangkakan.

“Memang kena guna kenderaan pacvan empat roda di kebanyakan kawasan pedalaman di Sabah. Malah ayah cakap, untuk ke sekolah tu perlu menyberang sungai,” katanya.

Perkongsian Anis mengenai bapanya di laman Twitter.

Mengimbas kembali satu kejadian, lepasan Kolej Matrikulasi Labuan itu memberitahu kenderaan yang dipandu bapanya seorang diri pernah tersangkvt ketika menaiki tanah tinggi.

“Masa tu hujan lebat, mungkin tanah mndap dengan batu-batu membuatkan tayar kereta ayah tersangkut. Tak boleh nak bergerak. Ayah pula tak bawa payung ketika itu.

“Ayah terpaksa keluar dari kereta berjalan kaki selama kira-kira setengah jam dalam keadaan basah kuyup bagi mendapatkan bantuan orang kampung untuk tolak kereta dia,” tambah anak kelima daripada enam beradik itu.

Anis (kanan) bersama bapa (tengah) dan ibunya.

Mengenai p0stingnya di Twitter, Anis menjelaskan bahawa dia mahu berkongsi pengalaman bapanya yang sanggup masuk ke dalam hutan dan naik bukit semata-mata untuk mendapatkan akses Internet bagi membolehkannya bermesyuarat secara dalam talian.

“Saya kagum dengan kesanggupan ayah saya untuk cari line. Dan saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil perhatian terhadap msalah akses Internet yang dihadapi mereka,” katanya.

 

Sumber:mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "Guru Besar sempoi dakl bukit, ‘online meeting’ tengah hutan… Gadis terkejvt bapa muncul dalam grup WhatsApp – “Dapat mesej hari sama ayah hantar kira bertuah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*