Baru umur 12 tahun, Alyssa dah dapat beli Toyota Vellfire

PENYANYI dan pelakon cillk terkenal, Aryanna Alyssa Dezek yang memuat naik video lagu ‘cover’ di YouTube sejak berusia empat tahun berjaya membeli kereta idamannya, Toyota Vellfire.

Alyssa ketika ditemui Harian Metro berkata, dia tidak menyangka video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya membolehkan dia memiliki sebuah kereta pada usia 12 tahun.

“Tak sangka juga budak yang baru berusia 12 tahun macam saya, sudah berjaya membeli sebuah kereta hasil duit yang diperoleh daripada saluran YouTube

“Saya sangat gembira apabila dapat membeli kereta idaman ini sekali gus boleh digunakan untuk tujuan kerja dan berkongsi kesenangan dengan keluarga. Lagipun, saya ingin menghargai diri selepas bekerja kras.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang bukan saja berada di Malaysia tetapi di Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina. Tanpa sokongan anda tak mungkin YouTube saya berjaya sampai ke tahap ini dan memiliki lebih 3 juta langganan. YouTube juga membantu menghubungkan saya dengan peminat di beberapa negara Asia.

“Malah single terbaharu saya berjudul Lagu Untuk Kamu sudah berjaya ditonton sebanyak 56 juta selain ada video-video lain yang berjaya mendapat jutaan tontonan,” katanya.

Alyssa mampu membeli kereta mewah itu yang dianggarkan berharga lebih RM250,000.

Menurut Alyssa, dia berharap kejayaan saluran YouTube miliknya dapat memberi inspirasi kepada orang luar terutama kanak-kanak yang sebaya dengannya.

“Saya harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak. Bayangkan di usia 12 tahun ini, saya boleh beli kereta sendiri.

“Apa yang dimiliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya ingin beritahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya.

“Setiap orang boleh cuba dan lhasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton,” katanya.

Tambah Alyssa lagi, dia berterima kasih kepada ibunya, Suzanne Desek kerana sudah mendaftar saluran itu sejak lapan tahun lalu.

“Mulanya ibu yang mencadangkan video nyanyian saya dimuat naik di YouTube kerana boleh menyimpan segala kenangan.

“Sejak memulakan saluran itu pada tahun 2012, banyak video dimuat naik menjadi tular seperti lagu Kun Anta yang dinyanyikan semula hingga penyanyi asal ingin bertemu dengan saya ketika dia datang ke Malaysia tidak lama dulu.

“Malah perkongsian saya bermain ukulele seawal umur empat tahun pun turut menarik perhatian penonton di saluran YouTube itu,” katanya.

Difahamkan Alyssa adalah selebriti pertama yang menduduki carta paling tinggi dilanggan di YouTube Malaysia berbanding selebriti solo lain.

#kw Alyssa

#loc Kuala Lumpur

Sumber:Metro

Via trendinggiler

Facebook Comments

Be the first to comment on "Baru umur 12 tahun, Alyssa dah dapat beli Toyota Vellfire"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*