Inul Daratista terima nfkah RM300 sebulan dari suami – “Aku tidak perlu kemewahan, matl tak bawa apa-apa”

SETELAH lebih 25 tahun mendirikan rumah tangga dengan Adam Suseno, penyanyi Inul Daratista mengakui rumah tangga mereka juga diuji dengan pelbagai cbaran dan dvgaan.

Menerusi laman Instagram, Inul berkata alam perkahwinan mengajarnya banyak perkara termasuklah melalui kehidupan susah dan senang bersama.

Penyanyi lagu Goyang Inul ini turut mendedahkan meskipun dia bergelar artis popular, namun hanya menerima nafkah sekitar RM300 sebulan daripada suami.

Luahan Inul di Instagram menarik perhatian pengikut.

“Kamu dulu kacak sayang… sekarang sudah tua, makin botak dan gayamu tak segagah dulu. Macam mana aku boleh berthan denganmu?

“25 tahun kita bersama. Bahagia? Oh tentu tidak konsisten, bayangkan mengharvngi hidup bersamamu bukan hal mudah.

Gelombang, badai, petlr sudah aku hadapi! Jodoh? Takdir? Boleh jadi… menerimamu dalam susah dan senang, kaya dan mlskin, setia dalam cinta kasih sampai matl.

“Walaupun tidak beri nafkah banyak… walaupun cuma sejuta lebih rupiah atau kurang sedikit, aku anggap itu berkat… aku anggap diriku isteri orang biasa yang sejuta cukup buat sebulan, ikhlas menerima,” tulisnya.

Inul bersama suami Adam dan anak mereka Ivan.

Sementara itu, Inul berkata kerja k3ras yang dilakukan bukan untuk dirinya atau suami, tetapi untuk anak tunggalnya, Yusuf Ivander Damares.

Ini kerana dia enggan anak lelakinya itu menjalani kehidupan yang susah seperti yang dilalui ketika kanak-kanak dahulu.

“Suamiku… kita sudah tua, mengejar mimpi nyata buat si kecil saja. Aku tidak perlu kemewahan sebab matl nanti tak bawa apa-apa.

“Hanya buat Ivan biar hidupnya tak susah seperti zaman kita dulu,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Via trendinggiler

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Inul Daratista terima nfkah RM300 sebulan dari suami – “Aku tidak perlu kemewahan, matl tak bawa apa-apa”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*