Berita Baik, Kerjaan Telah Umum Tarikh Akhir Bayaran BSH

BAYARAN fasa ketiga bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat sebelum akhir Julai ini yang membabitkan lima juta penerima.

 

Ia meliputi 3.8 juta isi rumah dan 1.2 juta individu bujang dengan implikasi k0s sebanyak RM3 bilion.

 

Mnteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

 

“Sebagai contoh, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 dengan empat orang anak

akan mendapat RM1,080 secara keseluruhan bagi bantuan BSH ini,” katanya dalam laporan Laksana ke-11 pelaksaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana), hari ini.

Untuk pemberian BSH, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 (RM350).

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 manakala, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 (RM400).

Menurutnya, seperti diumumkan sebelum ini, pelaksanaan pembayaran secara tunai

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan fasa kedua serta fasa ketiga BSH 2020 bagi kawasan

pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula pada 1 hingga 31 Julai 2020 dengan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak).

“Usaha ini bakal memanfaatkan 53,325 penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM28.7 juta.

“PMSabah dan PMSarawak akan turun ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di kawasan pedalaman bagi memudahkan urusan penerima di kawasan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, sehingga 26 Jun lalu, seramai 10.215 juta penerima BPN telah menerima bantuan ini, yang membawa keseluruhan bayaran BPN ke RM10.90 bilion (daripada RM10.88 bilion minggu lalu) yang mewakili 97.32 peratus tahap pelaksanaan.

Katanya, antara 19 hingga 26 Jun, sebanyak RM20 juta telah dibayar kepada 25,000

penerima BPN melalui bayaran secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

“Bayaran rayuan BPN kepada perayu yang lulus telah dibayar mulai 24 Jun dan sehingga 29 Jun, peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM139 juta,” katanya

Rata-rata penerima mengucapkan rasa syukur dapat mengurangkan sedikit bbanan mereka

“Alhamdulillah dapat juga rakyat malaysia yang dlm kesusahan ringan sedikit sebanyak bban di hadapi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas k0men-k0men yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala k0men adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sumber :rentasasia

Facebook Comments

Be the first to comment on "Berita Baik, Kerjaan Telah Umum Tarikh Akhir Bayaran BSH"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*