Demi Anak, Ini Keputusan Yg Terpksa Diambil Stacy

MESKIPUN kerjaan sudah memberi kebenaran untuk membawa anak-anak kecil melakukan aktiviti luar namun penyanyi Stacy Anam enggan mengambil rislko memandangkan mereka berpontensi tinggi dijangklti Covld-19.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, 30, dia hanya membenarkan dua orang anaknya iaitu Bella De Luna Valentina, 8 dan Eshaal yang kini berusia tiga tahun bermain di rumah sahaja.

“Kalau ikutkan memang kerjaan sudah membenarkan ibu bapa bawa anak keluar rumah tapi saya tak bera lagi nak bawa anak-anak lakukan aktiviti luar.

Stacy dan Akim enggan ambil rislko bawa anak keluar rumah.

“Sebab mereka dalam golongan yang berislk0 tinggi dijangklti wabk C0vld-19. Jadi, saya tidak mahu mengambil rislk0 itu. Memang kesian melihat mereka tak dapat keluar rumah.

“Tapi demi keselamatan, saya terpksa juga biarkan mereka bermain di dalam rumah sahaja. Saya jadikan rumah tempat permainan mereka supaya tak ada rasa bosan,” kata Stacy kepada mStar.

Penyanyi lagu Aku Kau Dan Muzik itu ditemui ketika sesi rakaman sebuah program realiti di Glenmarie, Shah Alam baru-baru ini.

Stacy mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Eshaal dan seorang anak angkat, Bella De Luna Valentina yang dijaga sejak kecil lagi.

Lama tidak beraksl di pentas membuatkan Stacy berasa kek0k.

Dalam pada itu, Stacy mengakui dia berasa kek0k untuk membuat persembahan menyanyi dan menari selepas lama berehat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alhamdulillah… barulah saya rasa diri adalah Stacy sebab sebelum ini saya rasa macam mak orang duduk di rumah saja. Bukan bermula dari PKP tapi sejak awal tahun lagi saya jarang membuat persembahan.

“Walaupun masa duduk rumah itu, ada juga aktiviti seperti buat lagu dan berniaga tapi dalam masa yang sama saya dah lama sangat tak membuat persembahan pentas.

“Dah lama tak dapat nak menyanyi dan menari, jadi rutin itu dah hilang. Dari segi nak dapatkan langkah semula rasa janggal sikit,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Via teh tarik kaw

Facebook Comments

Be the first to comment on "Demi Anak, Ini Keputusan Yg Terpksa Diambil Stacy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*