“Saya takkan ptus asa” – Zara Zya

KUALA LUMPUR: Pengalaman berdepan dengan kegagalan apabila dua restorannya bungkus tidak sesekali membuatkan aktres, Zara Zya berpvtus asa.

Pelakon drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu tetap berusaha apabila membuka restoran ketiga. Restoran Zara Zya Cooks beroperasi di Shah Alam, Selangor mula dibuka sejak awal Jun lalu diusahakan bersama teman lelakinya selaku rakan kongsi.

Akuinya, dia lebih teruja kali ini, memandangkan perniagaannya mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Saya dapat merasakan saya sudah menemui ‘forte’ perniagaan sebab sebelum ini, ramai tahu saya membuat pelbagai perniagaan. Secara jujurnya, perniagaan makanan menjadi minat sejak dahulu.

“Peminat tahu saya suka masak dan ada yang meminta saya membuka restoran. Impian saya memiliki restoran sendiri sejak dahulu lagi. Cuma, kini saya berjumpa pasukan yang betul untuk membangunkan perniagaan dan lokasi pula di kawasan strategik,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi perjalanannya, Zara menyifatkan pengalaman terdahulu mengajarnya untuk mengendalikan restoran dengan lebih baik.

“Sebelum ini, saya pernah mempunyai kedai makan di Medan Selera di pusat beli belah Melawati Mall. Di situ, saya hanya menjual nasi lemak, tetapi sambutan sangat memberngsngkan. Kemudiannya, ia ditutup dan saya buka pula Kedai Suka Makan di Mutiara Damansara.

“Bagaimanapun, ia juga ditutup mungkin namanya tidak cukup kuat dan disebabkan msalah dalaman. Restoran Zara Zya Cooks ini dikira perniagaan ketiga saya.

“Kali ini, saya tampil dengan strategi baharu dengan meletakkan nama saya sendiri dan menggunakan khidmat pasukan yang sememangnya berpengalaman,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Via teh tarik kaw

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Saya takkan ptus asa” – Zara Zya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*