Dulu kerja OK, kini jual keropok lekor! Pemuda hilang kerja tak sangka satu mesej WhatsApp daripada abangnya mampu buka rezeki

DISANGKA panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Demikianlah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan nasib jejaka ini apabila dia kehilangan kerja aklbat pandemlk Cvld-19 yang melnda negara.

Enggan menjadikan ia sebagai satu alasan untuk bersedlh, Muhammad Fikri Irwan Noorrezal Isa, 25, kini berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Mesra disapa Fikri, dia turut berkongsi kisah itu di Twitter sehingga menjadi tular dan turut mendapat sokongan ramai.

“Awal tahun ini saya bekerja di sebuah syarikat sebagai pereka dan pembangun web. Persekitaran kerja, rakan sekerja semua OK.

“Saya kena lalui tempoh probation selama tiga bulan sehingga Mac, tapi negara tiba-tiba dilnda C0vld-19, jadi probation saya hold seketika.

Fikri turut berkongsi kisahnya yang kini menjadi peniaga aklbat diberhentikan kerja baru-baru ini menerusi Twitter.

“Pertengahan Mei saya kerja balik, seminggu selepas itu saya terpaksa diberhentikan atas sebab tertentu. Selepas itulah saya mula berniaga keropok lekor,” ujarnya kepada mStar.

Menurut anak kelahiran Besut, Terengganu ini, dia menjalankan perniagaan di sekitar Lembah Klang dan tidak menyangka menerima sambutan menggalakkan.

Dalam tempoh sebulan menganggur sebelum memulakan perniagaan, dia juga ada mencuba nasib dengan membuat permohonan kerja namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

Tak sangka blow up macam tu. Alhamdulillah untuk semua sambutan yang diterima. Sekarang saya cuma nak kekalkan perniagaan ini. MUHAMMAD FIKRI IRWAN NOORREZAL ISA PENIAGA KEROPOK LEKOR

“Kebetulan hilang kerja tu ngam-ngam lagi seminggu nak raya. Tapi raya tahun ni tak ada nak prepare apa-apa, tak adalah terasa sangat.

“Kemudian satu hari tu abang saya WhatsApp tanya dalam group keluarga, tanya sesiapa nak keropok lekor, dia nak tolong belikan.

“Dari situ terdetik idea untuk berniaga. Saya buat kecil-kecilan mula-mula untuk test market. Buka order untuk kawan-kawan. Alhamdulillah dapat sambutan. Rasanya dalam 65 kilogram juga terjual masa awal-awal tu,” ujarnya.

Fikri bersyukur dengan sokongan diterimanya di Twitter.

Tambah Fikri, sambutan makin menggalakkan apabila dia berkongsi mengenai jualannya itu menerusi Twitter.

Malah, posting mengenai kisah dia berniaga keropok lekor aklbat diberhentikan kerja turut menerima lebih 5,000 ulang kicau (Retweet).

“Tak sangka blow up macam tu. Alhamdulillah untuk semua sambutan yang diterima. Sekarang saya cuma nak kekalkan perniagaan ini.

Bermula kecil-kecilan, kini perniagaan keropom lekor Fikri semakin mendapat sambutan.

“Harap dapat pergi jauh dan dipermudah segala urusan berkaitan, InsyaAllah,” katanya yang menetap di Damansara Damai.

Tambah Fikri, dia bersyukur dengan sokongan orang ramai di Twitter dan perasaan itu sukar sekali untuk digambarkan.

Biarpun sekadar sokongan moral, ia tetap memberi motivasi kepadanya untuk terus bersemangat meneruskan kerjaya baharu itu.

Sumber:mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "Dulu kerja OK, kini jual keropok lekor! Pemuda hilang kerja tak sangka satu mesej WhatsApp daripada abangnya mampu buka rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*