Sambut ulang tahun ke-30, Ramona Zamzam lalui fasa paling bahagia – “Tak kisah langsung dengan hadiah”

TIADA apa yang lebih menggembirakan pelakon Ramona Zamzam ketika menyambut hari lahir ke-30 selain dikelilingi ahli keluarga dan teman rapat.

Ramona berkata, pada usia ini dia melalui fasa yang paling bahagia bagi seorang wanita.

“Secara rasminya saya menyambut ulang tahun ke-30 semalam, tak hairan langsung dengan hadiah.

“Rasanya saya dah capai fasa di mana saya hanya mahu dikelilingi ahli keluarga dan kawan-kawan rapat,” tulisnya.

Ramona bersyukur masih dikelilingi ahli keluarga dan teman rapat.

Lebih membahagiakan, dia bersyukur kerana masih mempunyai ibu bapanya di sisi.

Pelakon filem Jengka ini turut meluahkan kegembiraannya apabila melalui banyak pengalaman manis berbanding perkara bruk sepanjang hidupnya.

“Di usia 30 tahun, saya dah berkahwin dengan orang yang saya cintai dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Saya antara manusia paling bahagia di dunia… setiap hari bersyukur

RAMONA ZAMZAM

PELAKON

“Melancong ke banyak tempat dan masih ada ibu bapa… sangat dirahmati, saya tak akan mengelvh.

“Terlalu banyak perkara baik terjadi berbanding yang bruk, saya antara manusia paling bahagia di dunia, setiap hari bersyukur,” ujarnya.

Dalam pada itu, perkongsian Ramona di Instagram dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat serta rakan-rakan selebriti.

“Selamat hari jadi, gorgeous mom! Semoga sentiasa diberkati Allah,” komen Bella Astillah.

Ramona menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada Khamis.

“Selamat hari jadi, si cantik!” tulis Mia Ahmad.

Ramona dan suaminya, Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivanna Alashkar yang kini berusia tiga tahun.

Sumber:Mstar

Via trendinggiler

 

Facebook Comments

Be the first to comment on "Sambut ulang tahun ke-30, Ramona Zamzam lalui fasa paling bahagia – “Tak kisah langsung dengan hadiah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*