Had Umur Pengeluaran KWSP Ditukar Kepada 65 Tahun? Ini penjelasannya

Covld-19 menyerlahkan perlunya perlindungan yang lebih besar kepada golongan rakyat Malaysia yang terdedah terhadap dampak wbak itu. Sejajar dengan itu, Bank Dunia telah mempertimbangkan saranan memperkenalkan skim pncen soslal yang diblayai oleh negara yang akan meningkatkan bantuan kepada wrga emas.

Mengulas perkara ini semasa forum dalam talian Bank Dunia, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein berkata terdapat keperluan bagi rakyat Malaysia untuk meneroka kontrak soslal baru mengenai bagaimana mereka ingin melindungi diri mereka dari segi kewangan pada masa depan.

“Kami memerlukan kontrak soslal baru, rkyat perlu bersetuju sekiranya ini adalah jenis faedah yang mereka mahukan, mereka harus bersetuju bahawa inilah cara kita perlu membiayai.

“Kita tidak boleh secara tidak sengaja memaksakannya dari atas. Ini memerlukan perundingan dan persetujuan daripada orang ramai, dan ia memerlukan tadbir urus yang lebih kukuh,” katanya hari ini.

Bank Dunia dalam laporan Pemantau Ekonomi Malaysia yang diterbitkan hari ini, berkata pada usia 54 tahun, ramai pekerja mempunyai bakl simpanan KWSP di bawah RM150,000, manakala hampir tiga perempat mempunyai bakl di bawah RM250,000.

Ini kata Bank Dunia tidak mencukupi untuk menampvng kehidupan selepas bersara, sementara bantuan kerjaan yang ada seperti Bantuan Orang Tua (BOT) tidak mencukupi, hanya membantu 26.4 peratus wrga emas yang berada di bawah 20 peratus.

Oleh demikian, institusi perbankan antarabangsa itu berkata pencen soslal tanpa sumbangan sangat penting untuk membantu golongan warga emas memerlukan dan mskin.

Dalam jangka pendek dan sederhana, Bank Dunia mencadangkan pencen soslal sederhana dengan tahap faedah yang sama dengan BOT (bantuan tunai RM350 sebulan), tetapi diperluaskan kepada golongan B40 berusia 65 tahun ke atas menggunakan sistem Bantuan Sara Hidup (BSH) sedia ada.

Memperkenalkan langkah ini hanya memerlukan 1.6 peratus daripada unjuran pendapatan fiskal bagi tahun 2020. Program ini dapat diperluas lagi pada masa depan.

Bagaimanapun, menurut Nurhisham, salah satu masalah dengan sistem perlindungan soslal saat ini adalah ia berdasarkan pekerjaan, yang bermaksud sebahagian besar penduduk ditinggalkan – seperti suri rumah, atau mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap misalnya.

‘Lahir dah dapat nombor KWSP’

Kerajaan telah membenarkan mereka yang bekerja dalam sektor ‘ekonomi gig’ untuk memberikan sumbangan sukarela, bahkan memperkenalkan geran RM50 juta yang sepadan untuk mendorong sumbangan.

Namun, penerimaan di kalangan pekerja ‘ekonomi gig’ bercampur-campur, dengan ada yang berkata mereka tidak mempunyai dana untuk membuat sumbangan sukarela.

Ketua pegawai eksekutif badan pemikir The Cenre Idlan Zakaria pula berkata sesetengah pekerja juga mungkin tidak terdorong untuk memberikan sumbangan secara sukarela.

Beliau mengusulkan supaya diadakan program rintis platform pendaftaran automatik caruman KWSP buat pekerja gig, dengan pilihan untuk tidak mengikuti program berkenaan.

Sementara itu, Nurhisham menjelaskan saranan ini merupakan sesuatu yang telah dicadangkan oleh KWSP sejak beberapa lama.

“Visi peribadi kami adalah anda boleh mendapatkan nombor KWSP semasa anda dilahirkan,” tambahnya, berkata ini juga perlu diperluas untuk memiliki nombor cukai dan nombor Pertubuhan Keselamatan Soslal (Perkeso) semasa lahir.

Ini katanya, akan memastikan penyampaian perkhidmatan kerjaan disediakan kepada semua warga negara tanpa mengira keadaan.

Bagaimanapun, penganalisis ekonomi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis), Calvin Cheng berkata, perlindungan soslal tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan semasa di mana Malaysia mempunyai populasi pekerja yang semakin berkurang, dan jumlah pesara yang semakin meningkat.

Katanya, penyelesaian yang berpotensi, harus merangkumi beberapa aspek iaitu kadar caruman pencen yang lebih tinggi, pengambilan pekerja yang lebih besar terutama di kalangan wanita dan juga pilihan bekerja untuk warga emas, dan membiayai akaun pencen menggunakan pendapatan kerajaan.

Berikut reaksl dari warganet

BANK DUNIA | Cadang Had Umur Pengeluaran KWSP Kepada 65 Tahun

Langkah ini dilihat mampu memastikan simpanan boleh bertahan untuk jangka masa yang lebih lama.

Sumber:tranformasi

Facebook Comments

Be the first to comment on "Had Umur Pengeluaran KWSP Ditukar Kepada 65 Tahun? Ini penjelasannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*