Lepas meniaga kek, Mila Jirin jual durian pula untuk bayar gaji pekerja – “Apa nak dimalukan… ini semua rezeki!”

SELEPAS mengambil inisiatif menjual kek bagi memastikan pendapatan pekerja tidak terjjas kerana penulran wbak Covld-19, penyanyi Mila Jirin mengambil peluang menjual buah durian pula sebagai tambahan bagi punca pendapatan syarikatnya.

Menurut Mila, 33, dia mener0kai bidang baharu itu kerana ingin menampung kos operasi dan memastikan pekerja terus mempunyai gaji meskipun syarikat miliknya terpaksa dihentikan 0perasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Ramai kawan-kawan tanya betul ke saya jual durian, ya memang betul buat pertama kalinya jual durian.

“Kenapa saya jual durian tahun ni? Ini adalah kerana syarikat berasakan perkahwinan kami iaitu Bizmilla tak dapat jalankan perniagaan berikutan C0vld-19 dan PKP.

“Jadi, saya dan staf ambil inisiatif mener0kai bisnes baharu sebagai penjual buah durian,” katanya.

Mila tidak malu mengakui dirinya penjual buah durian.

Mila berkongsi mengenai perniagaan baharunya itu menerusi Instagram pada Selasa.

Pada Ramadan lalu, Mila turut mendedahkan dia menjual kek dan manisan bagi menampung kos pengurusan syarikat dan gaji pekerja hampir RM200,000 sebulan.

Sementara itu, penyanyi lagu Aku Lebih Tahu ini berkata dia tidak malu mengakui dirinya kini merupakan usahawan buah durian.

Mila berniaga kek Ramadan lalu bagi menambah pendapatan syarikat.

Malah, apa yang dilakukan itu bukan untuk mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya bertujuan untuk menambah pendapatan syarikat.

“Apa yang nak dimalukan, ya… memang betul saya jual durian! Sebenarnya ini inisiatif kami ambil untuk membantu syarikat jana pendapatan dan memastikan pekerja mendapat pendapatan bulanan yang sama.

“Saya selalu cakap dengan staf saya ini adalah rezeki kerana kita berniaga hari ini bukan untuk mengejar keuntungan syarikat tapi untuk menampvng k0s operasi.

“Terima kasih kepada anda yang terus sokong dan membantu kami… bukan hanya durian, kami di Bizmilla turut menjalankan beberapa perniagaan lain untuk tampvng k0s operasi syarikat,” ujarnya.

Sumber: Mstar

 

Via trendinggiler

Facebook Comments

Be the first to comment on "Lepas meniaga kek, Mila Jirin jual durian pula untuk bayar gaji pekerja – “Apa nak dimalukan… ini semua rezeki!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*