Baru Saja Terima Duit Bayaran Tertvnggak Dari Kak Ogy, Tak Sangka Ini Tindakan Man Raja Lawak

Awal Mei lalu pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak berkongsi perasaan dia terpksa meminta-minta duit bayaran untuk teater Korupsi Dewan Semandung dari penerbitnya iaitu Fauziah Ahmad Daud.

Ketika itu Man berkata, sehingga kini dia hanya menerima bayaran 20 peratus sahaja dan bakinya masih belum dilunaskan Fauziah atau mesra disapa Ogy.

Man, 43, juga mendkwa Ogy akan membayarnya pada hujung April namun tiba-tiba hilang daripada radar kumpulan WhatsApp.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian Ogy telah tampil dan berjanji akan membayar para pelakon dan kru terlibat.

Terkini, Man yang dihubungi berkata beliau sudah menerima sebahagian duit tersebut. Namun dia menegaskan duit yang diterima itu bukan untuk kegunaan diri sendiri.

Derma duit kepada rakan memerlukan

Man mend3rmakan wang sejumlah RM3,000 yang diperoleh untuk bayaran teater Korvpsi Dewan Semandung lakonannya kepada rakan yang memerlukan bantuan.

Katanya, walaupun dia belum memperoleh baki bayaran daripada penerbit teater berkenaan iaitu Fauziah Ahmad Daud, dia bertindak demikian kerana sudah berniat mahu menyumbangkan wang bayaran berkenaan kepada rakannya yang berhadapan masalah kewangan.

” Saya tetap hargai usaha dilakukan kak Ogy (Fauziah) yang bertungkus lumus menjual pes kari air tangannya untuk mengumpul wang bagi melunaskan bayaran kami.

” Namun, saya fikir ada rakan yang lebih memerlukan wang itu dan tak salah jika menyumbangkannya sebagai bantuan.

” Lagipun, saya sudah lama berniat untuk membantu insan lain dengan wang berkenaan,” katanya.

Mengulas bayaran tertvnggak belum diterima, Man berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkannya lagi kerana sekarang dia mahu fokus kepada karier seninya semula.

” Kerajaan pun sudah membenarkan aktiviti penggambaran. Alhamdulillah saya juga sudah menerima beberapa tawaran berlakon.

” Jadi, sekarang saya bersemangat untuk kerja semula dalam n0rmal baharu.

” Lagipun, hidup perlu diteruskan dan menjadi m0tivasi saya tidak mahu terlalu mengenangkan perkara membabitkan bayaran teater itu. Semuanya adalah pengalaman.

” Memandangkan kini bidang seni adalah kerjaya utama, sebolehnya saya tidak mahu ada masalah dengan orang lain.

” Pada saya, apa yang berlaku itu jadikan tel4dan,” katanya.

Bapa dua anak berusia 16 dan 13 tahun ini berkata, dia juga akan lebih berhati-hati untuk menerima tawaran berlakon teater selepas ini kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Pada Mac lalu, ketika k3s jangkltan C0VlD-19 dalam negara masih meningkat timbul isu produksi teater Kurvpsi Dewan Semandung tidak menjelaskan bayaran kepada pelakon dan pekerja belakang tabir

Sumber:asiakini

Facebook Comments

Be the first to comment on "Baru Saja Terima Duit Bayaran Tertvnggak Dari Kak Ogy, Tak Sangka Ini Tindakan Man Raja Lawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*