Lama menyepi tiba tiba Kamal Adli muatnaik gambar dgn Uqasha dan bercaptionkan rindu. Akhirnya terb0ngkar rupanya ini status hubungan mereka berdua.

Posting terbaru Kamal Adli di Instagram membuat ramai peminat tertanya-tanya. Cinta dah bertaut kah?

Kredit foto: IG

Kamal menerusi sabuah foto meluahkan rasa rindunya terhadap pelakon Uqasha Senrose. Memang ramai peminat merestui hubungan mereka dan berharap sampailah ke jinjang pelamin. Fuh, penangan keserasian gandingan mereka di set penggambaran sampai terbawa-bawa ke realiti bila peminat mengharapkan agar bibit cinta benar-benar timbul!

Kredit foto: IG

Sumber : – CARI

Artikel lain : Kamal Adli tak nak s4kitkan diri lebih rela hidup ‘single’

SELEPAS beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon Kamal Adli berkata dia kini lebih selesa hidup bersendirian tanpa terlalu memikirkan soal jodoh. Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 33, status single membolehkan dia lebih fokus terhadap kerjaya lakonan.

“Secara jujurnya saya sedang belajar untuk hidup single… Saya tak cakap hidup sendirian lebih bagus, ia lebih kepada beri ruang buat diri sendiri. Sebelum ni kalau putus dengan seseorang, saya terus sambung dengan orang lain dan tiada ruang untuk diri sendiri

“Jadi sekarang apabila dah ada masa sendiri, baru saya dapat susun dan rancang semula apa yang saya nak capai dalam kehidupan,” katanya kepada mStar. Tambah Kamal, kegagalan dalam percintaan sebelum ini banyak mengajarnya untuk menjadi lebih matang sambil menjelaskan dia juga dalam fasa untuk menjadi lebih baik.

Kamal dan Emma pernah dikhabarkan menjalin hubungan cinta.

“Perhubungan sebelum ini terlalu berat dan sukar untuk saya kerana melibatkan banyak pihak. Namun saya dapat belajar banyak perkara termasuk menerima kenyataan hubungan itu gagal mungkin atas kesilapan saya sendiri.

“Sekarang mungkin masa terbaik untuk saya fokus dalam bekerja. Kalau jodoh saya sampai, adalah. Saya tak nak s4kitkan diri saya atau buat pasangan saya s4kit hati. Nanti mereka mula rasa saya tak serius,” ujarnya. Kamal sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon popular, Intan Ladyana sebelum putus pada tahun 2014.

Aktor ini kemudiannya dikhabarkan bercinta dengan pelakon drama Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong. Bagaimanapun kedua-dua mereka menafikan gosip itu sebaliknya mengakui hanya berkawan rapat. Hubungan cinta Kamal Adli dan Intan Ladyana tidak kesampaian apabila putus pada 2014.

Terkini, Kamal dikatakan sedang berkawan rapat dengan pelakon sensasl, Uqasha Senrose. Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia lebih selesa memilih anak seni sebagai pasangan hidup kerana mudah memahami waktu bekerja masing-masing.

“Sekiranya diberi pilihan orang biasa atau anak seni, saya lebih memilih anak seni kerana orang yang dalam industri lebih mudah untuk memahami cara bekerja. Cuma… masalah yang dihadapi ketika ini adalah saya nak cari pasangan yang tidak mempunyai kawan yang ada pengaruh lebih kuat daripada saya. Kalau banyak sangat campur tangan dari luar, hubungan akan jadi tak best,” katanya.

SUMBER : Mstar

Artikel lain : Kamal Adli Kecewa Dengan Janji Palsu

PELAKON Kamal Adli mengakui pernah melalui fasa kekecewaan sepanjang sembilan tahun dalam bidang lakonan. Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 31, berkata dia pernah rasa dipermainkan apabila watak yang ditawarkan hanya janji paIsu.

“Tipulah, selama sembilan tahun berlakon saya tak melalui fasa-fasa kek3cewaan. Tapi saya tak terlalu bercerita, hanya keluarga dan rakan terdekat saja tahu. Saya pernah dik3cewakan apabila watak yang ingin diberikan hanya janji palsu. Rasa seperti dipermainkan pula.

Emma dan Kamal dinobatkan sebagai Pelakon Prolifik di Anugerah Telenovela 2017. “Pernah juga saya tolak tawaran lain selama tujuh bulan untuk tunggu tarikh penggambaran yang telah dipersetujui awal namun tidak jadi,” kata Kamal kepada mStar Online.

Tambah pemenang Pelakon Prolifik Anugerah Telenovela ini, dia juga pernah melakukan perubahan pada fizikalnya untuk memenuhi watak yang diberikan. Selepas dia berbuat demikian, watak tersebut telah diberikan kepada orang lain. Malah, disebabkan itu juga dia terpaksa menolak tawaran lain.

“Bayangkan saya pernah disuruh naikkan berat badan dan botakkan kepala untuk memenuhi kehendak satu watak ini. Bila dah buat semua itu, tiba-tiba watak tersebut diberikan kepada orang lain. Sudahnya saya tak boleh terima beberapa tawaran lain. Iyalah, bila badan dah naik, kepala pun dah botak, susah nak cari watak yang sesuai,” ujarnya.

Bagaimanapun, Kamal menganggap apa yang berlaku ada hikmah dan ia juga membuatkan dia lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. “Tapi semua yang berlaku ada hikmah. Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk saya.

“Apa yang berlaku itu juga membuatkan saya lebih matang untuk berhati-hati dalam membuat keputusan,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Kamal dan rakan kongsinya, Abdul Rahman Hussain telah membuka kilang untuk memasarkan produk-produk daripada usahawan tempatan.

SUMBER : Mstar

Via lubuk maklumat

Facebook Comments

Be the first to comment on "Lama menyepi tiba tiba Kamal Adli muatnaik gambar dgn Uqasha dan bercaptionkan rindu. Akhirnya terb0ngkar rupanya ini status hubungan mereka berdua."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*