Kilafairy sudah berhijab, Neelofa titip doa kekal istiqamah – “Cantik..semoga Allah kuatkan hati dan iman kau”

PENGACARA dan pelakon terkenal Neelofa meluahkan rasa syukur apabila rakan selebritinya iaitu penyanyi Kilafairy kini sudah berhijab.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendoakan agar anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu terus istiqamah dan menjadi seorang wanita solehan.

“Aku doakan semoga kau terus istiqamah, semoga Allah kuatkan hati kau, kuatkan iman, tegakkan iman, dapat menerima manfaat, boleh jadi wanita solehah dan contoh tel4dan kepada ramai orang.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi Instastory.

“Semoga kau sentiasa bahagia, tenang dan disayangi ramai. Kilafairy dah berhijab! Cantik.. muka macam wanita Pakistan pula,” kata Neelofa kepada Kilafairy.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instastory dia ketika berada dalam kereta bersama Kilafairy pada petang Sabtu.

Kilafairy turut berkongsi semula Instastory Neelofa bersama foto penampilan baharu.

Kilafairy berkongsi foto dia memakai hijab.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada Kilafairy tidak berjaya apabila penyanyi lagu Put The World In itu tidak menjawab mesej.

Dalam pada itu, rata-rata netlzen di laman sosi4l memuji penampilan baharu pelakon itu dan mendoakan agar ia berkekalan.

Pada awal Februari lalu, Kilafairy meluahkan hasrat untuk mengubah imej seksi yang cukup sinonim dengannya.

Sumber: Mstar

Via trendinggiler

Facebook Comments

Be the first to comment on "Kilafairy sudah berhijab, Neelofa titip doa kekal istiqamah – “Cantik..semoga Allah kuatkan hati dan iman kau”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*