Sambut Syawal Tanpa Ashraf Sinclair Disisi, Video BCL Ini Blkin Ramai Meng4lir Air Mata

Sambutan Syawal kali ini pastinya memberi perbezaan kepada penyanyi dan pelakon Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari. Kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair pada dua bulan lalu membuatkan Bunga terpaksa cekal teruskan hidup bersama Noah.

Selepas pemergian suami mengh4dap Ilahi, ini kali pertama BCL memuatnaik video istimewa di laman Youtube. Selepas 4 jam dikongsikan di platform itu, video tersebut telah cecah 461 ribu tontonan.

 

‘Nikmati moment yang dipunya’

Ini merupakan video pertama yang dimuatnaik menerusi akaun Youtube Bunga Citra Lestari selepas hampir dua bulan kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair. Video berdurasi 11:28 minit itu didedikasi khas buat arwh suaminya, memaparkan kenangan sambutan Syawal mereka bersama pada tahun-tahun sebelum ini.

Sambutan tahun ini agak berbeza. Kehilangan suami tersayang, namun, lebaran penyanyi ini masih ditemani dengan keluarga tercinta.

“Kita solat raya di rumah… sangat indah dan pengalaman baharu Aidilfitri tahun ini. Rasanya sangat berbeza ditambah pula kondisi pandemlk, tak boleh keluar rumah untuk bersolat atau beraya bersama.

“Lebaran kali ini seperti biasa saya siapkan makanan seperti semasa kamu ada… saya jaga tradisi ini untuk bagi Noah biasa dengan kehidupan baharu ini,” katanya.

Bunga bersama keluarganya.

 

Sementara itu, Bunga meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang ketika orang ramai kini sedang berdepan pelbagai dugaan dan ujian.

“Itu tidak mengurangkan kemuliaan Aidilfitri, kami bermaaf-maafan dan melalui momen ini kita makin sedar bahawa di luar segala cubaan mendatang, namun kita bersyukur masih ada bersama.

“Kita duduk bersama berkongsi kasih sayang, ummi (ibu Ashraf) sudah dua bulan berada di Indonesia jauh dari keluarga di Malaysia menemani saya dan Noah, juga pada ibu dan ayah serta semua… saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka berada bersama saya.

Permulaan video ini dibuka dengan serangkap ayat yang menyentvh perasaan ramai penonton.

Nikmati moment yang dipunya. Mencintai, memberi kasih dengan orang yang dicintai. Karena kita tahu, Waktu amat sangatlah berharga.

Ini bukan perjalanan yang mudah

Bunga Citra Lestari menerusi kapsyen di laman Youtube tersebut mengakui perjalanan hidup tanpa suami tercinta adalah sukar baginya. Terkadang hatinya menjadi lemah meskipun dia sedaya cuba kuat hadapi kebenaran hidup. Tapi dia percaya ini merupakan proses baharu bagi dirinya dan anak.

Peminat juga bersedlh

Rata-rata penonton juga bersedih dan menangis menonton video ini. Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Bunga untuk meneruskan kehidupan bersama anak tanpa Ashraf disisi.

Sumber: BCL

Kredit: ohbulan via Mstar

Facebook Comments

Be the first to comment on "Sambut Syawal Tanpa Ashraf Sinclair Disisi, Video BCL Ini Blkin Ramai Meng4lir Air Mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*