“Tak sanggup saya nak memandu van jen4zah mereka” – Bapa 3 beradik m4ti l3mas

Mohd Ismail, 64, menunjukkan gambar bersama anaknya yang dikhuatiri l3mas, Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16, dirakam pada Aidilfitri baru-baru ini.

BIASANYA saya yang bawa jenaz4h orang, tak sangka kali ini tiga jen4zah anak serentak sampai di rumah…tak sanggup saya nak memandu van jenaz4h mereka ke tanah perkvburan, biarlah orang lain yang bawa, kata Mohd Ismail, 64.

Bapa kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong itu berkata, beliau telah berkhidmat sebagai pemandu van jenaz4h sejak empat tahun lalu dan tidak pernah membayangkan untuk melalui dugaan berat kehilangan tiga anak lelaki sekali gus, dalam sekelip mata.

“Namun, saya reda kerana itulah ketentuan Allah. Syukur banyak-banyak kerana Allah permudahkan urusan sepanjang oper4si mencari dan menyelamat dilakukan.

“Insyaallah, m4ti sebab lem4s akan dikurniakan sy4hid kecil… ketiga-tiga mereka adalah anak harapan keluarga, ringan tulang dan hormatkan orang tua. Mungkin ada kebaikan yang mereka lakukan sehingga Allah permudahkan urusan mereka,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui pemberita.

Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pelbagai pihak yang turun padang, menziarahi serta membantu melancarkan lagi urusan sehingga ke proses pengebvmian jenaz4h yang dijangka dilakukan selepas Asar di Tanah Perkubvran Alor Limbat di Marang, Terengganu.

Terdahulu may4t pertama, Umar Iskandar ditemui di dasar sungai kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian pada 9.50 pagi, disusuli may4t Khairil Firdaus, 17, pada 11.36 pagi.

Khalif Naim ialah pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas.

Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.

Kesemua mangsa dikatakan ke sungai itu yang terletak hanya 200 meter dari rumah mereka kira-kira 6 petang semalam (Rabu). – BERNAMA

Sumber:mstar

Via lubuk maklumat

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Tak sanggup saya nak memandu van jen4zah mereka” – Bapa 3 beradik m4ti l3mas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*