Raja Afiq tunang senyap-senyap dengan polis vir4l Soffwany Yusoff – “Kami kerap berbalas mesej di Instagram”

DALAM diam-diam pelakon Raja Afiq sudah mengikat tali pertunangan dengan angg0ta p0lis Soffwany Yusoff dan merancang melangsungkan pernikahan tahun ini.

Menurut Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup beberapa bulan lalu dan pada ketika itu mereka belum bersedia berkongsi kepada umum.

“Saya sudah mengenali Raja Afiq sejak awal tahun ini, tapi tak pernah dedahkan status hubungan kami berdua.

“Kami pun sudah melangsungkan pertunangan beberapa bulan lepas tapi memilih untuk tidak mengheb0hkan berita ini kerana masing-masing belum bersedia untuk berkongsi. Hanya ahli keluarga yang tahu mengenai status kami,” katanya kepada mStar.

Soffwany berkata dia dan Raja Afiq mula berkenalan melalui laman Instagram.

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara P0lis Diraja Malaysia (PDRM) berkata mereka hanya berkenalan dalam masa beberapa bulan sebelum memutvskan untuk ke fasa yang lebih serius.

“Kami mula berkenalan selepas kerap berbalas mesej di Instagram.

“Mula-mula saya memang tak layan Raja Afiq tapi dia tak ptus asa mesej saya. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan mula rapat,” katanya yang juga seorang penyanyi.

Soffwany pernah menjadi bualan netizen pada 2016 selepas tular mengenai kemerduan suaranya.

Mengulas persiapan pernikahan, Soffwany berkata pasangan itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan.

“Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September ini tapi disebabkan PKP, majlis kami ditangguhkan pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi.

“Cuma harapnya ia dapat dilangsungkan sebelum tahun hadapan.

“Lagipun, masih banyak perkara yang masih belum lengkap. Raja Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin lagi,” jelasnya.

Pada 2016 Soffwany pernah menjadi bualan netizen kerana menyanyikan lagu raya berjudul Pulang yang rata-rata kagum dengan bakat nyanyiannya.

Sumber : Mstar

Via lubuk maklumat

Facebook Comments

Be the first to comment on "Raja Afiq tunang senyap-senyap dengan polis vir4l Soffwany Yusoff – “Kami kerap berbalas mesej di Instagram”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*