“Dia Akan Bekalkan Serunding Daging, Kuih B4kar Dan …” – Achey Kenang Semangat Raya Arwh Abam

“Kami takkan lupakan dia, sentiasa nama dia ada dalam doa kami,” itu kata-kata Achey ketika diminta berkongsi secebis kenangan raya bersama Allahyrham Abam Bocey.

Kata Achey, 33, suasana berbeza tahun ini apabila pagi raya tiada lagi keletah tawa dan bermaafan bersama arwh Abam.

“Biasanya pagi raya kami bertiga akan bervideo call menerusi group WhatsApp dan bermohon maaf semula. Kemudian sebelum masing-masing balik kampung, kami akan berjumpa dan bermaaf-maafan.

“Ketika itulah segala kenangan lucu dan menggembirakan sepanjang setahun kami akan imbas bersama.

“Cuma tahun ini berbeza… sangat berbeza! Ia memberikan satu kes4yuan kepada kami yang sangat merindui arwh.

“Lebih meresahkan, kami tak boleh menzi4rahi pus4ra arwh. Namun, doa kami tak pernah ptus,” kongsi Achey kepada Gempak bersulam s3bak.

Tambah Achey, arwh Abam tidak pernah tidak membenarkan dia sekeluarga dan Fad pulang ke kampung halaman masing-masing tanpa buah tangannya.

“Arwh ni suka dan pandai memasak. Setiap kali sebelum saya dan Fad balik kampung dia akan bekalkan makanan antaranya kuih bkar dan lemang.

“Paling tak boleh dilupakan ialah serunding daging. Dia punya tu ‘the best’!” ujarnya.

Malah, kata Achey arwh Abam akan sentiasa bermurah hati menghulurkan ‘duit raya’ kepada kami untuk keluarga.

“Selepas balik beraya di kampung, kami akan berkunjung sesama sendiri dan pernah sampai seharian melepak layan tetamu yang datang ke rumahnya.

“Memang kita saling menyokong sesama sendiri dan ralatnya kita tak dapat buat lagi tahun ini,” cerita Achey lanjut.

Akui sedlh dan masih berdvka atas pemerglan arwh Abam pada Februari lalu, Achey memohon doa dan izin restu orang ramai untuk memaafkan kekhilafan mereka bertiga sepanjang bergelar anak seni.

“Saya mohon maaf andai ada salah silap daripada kami bertiga sama ada nampak atau tidak.

“Teruskan menyokong kami dalam industri dan percayalah, semangat beliau ada pada kami.

“Sedih memang sedlh, sama-sama kita titipkan doa buat arwh Abam. Damailah di sana sahabatku,” akhiri Achey.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, menlnggal dunla di kediamannya di Gombak dipercayai aklbat d3mam pnas.

Sumber:gempak

Facebook Comments

Be the first to comment on "“Dia Akan Bekalkan Serunding Daging, Kuih B4kar Dan …” – Achey Kenang Semangat Raya Arwh Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*