[VIDEO] “Plan nak masak untuk jiran2 kami” Sugu Pavithra Kongsi Hadiah Dari PM

Youtuber yang sedang mel0njak naik, Sugu Pavithra berkongsi kegembiraan apabila menerima hadiah dari YAB Perd4na Mnteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Menerusi temubual dengan Bernama, Pavithra dan suaminya Sugu meluahkan rasa syukur dan terima kasih di atas hadiah yang diberikan.

 

“Kami hanya orang biasa, tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdna Mnteri, terima kasih,”

 

Hadiah istimewa

S.Pavithra, 28, berkata dia dan suami M.Sugu, 29, menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin lima hari lepas antaranya ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak seperti beras.

Satu lagi hadiah yang paling menarik perhatian Pavithra adalah sebuah tripod kerana sebelum ini dia dan suami hanya menggunakan cawan untuk mengalas kamera telefon.

Pavithra dan suami telah menggunakan tripod itu untuk temu ramah secara panggilan video terutama ketika ‘live’, namun untuk memasak di dapur mereka masih menggunakan cawan.

“Saya selesa gunakan cawan sebab dah biasa, lagipun ruang dapur terhad. Tapi untuk perkara lain memang gunakan tripod dan ia sangat membantu, terima kasih Perdna Mnteri,”

Kad ucapan bertulis tangan

Pavithra yang tinggal di kuarters sebuah ladang swasta di Sungai Siput memberitahu mereka turut menerima sekeping kad ucapan daripada pemimpin nombor satu negara itu dan ia telah diabadikan dalam bingkai gambar.

Di dalam kad tersebut tertera ucapan yang bertulis tangan dari Perdna Mnteri.

“Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home” (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja).

Mahu masak untuk jiran-jiran

Pavithra telah memuatnaik video terbaru dengan berkongsi hadiah yang diterimanya.

Malah, Pavithra sempat memberitahu untuk menjamu jiran-jirannya nanti dengan menggunakan hadiah yang diberikan oleh Perdna Mnteri tersebut.

Rata-rata netlzen amat tersentvh dengan budi bahasa Pavithra yang sangat menghargai dan tidak melupakan jiran tetangganya.

Pavithra juga menyatakan penghargaan yang diterima daripada Perdna Mnteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.

Pasangan suami isteri itu yang memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu di akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’ bejaya menambat hati rkyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan k4um.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun Youtube Sugu Pavithra telah memiliki lebih 450,000 subscribers.

Sumber:yoynetwork

Facebook Comments

Be the first to comment on "[VIDEO] “Plan nak masak untuk jiran2 kami” Sugu Pavithra Kongsi Hadiah Dari PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*