Dafi bangga dan tump4ng gembira papa

PELAKON dan penyanyi, Dafi, 32, akui bangga serta tump4ng gembira dengan perhatian termasuk populariti yang kini diraih bapanya iaitu Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

 

Dafi atau nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri dihubungi berkata tak dinafikan dia melihat sekarang bapanya memang lebih popular berbanding dirinya yang sudah 12 tahun menceburi kerjaya seni.

 

“Sebagai anak, saya hanya mampu bangga dan gembira dengan apa yang dilakukan bapa sekarang kerana memang tahu itu adalah minat utamanya.

 

“Walaupun di rumah, kami jarang berbicara soal kerjaya masing-masing, tapi saya tahu bapa puas hati dengan tanggungjawab kerja yang digalasnya sekarang,” katanya.

Ujar pelakon drama Dia Semanis Honey dan Klik Pengantin Musim Salju itu, meskipun bapanya pernah ‘berehat seketika’ daripada p0litik kira-kira lebih setahun lalu, tetapi kini dilihatnya beliau sangat gembira dengan tugas sebagai Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).

 

Menurut Dafi yang tinggal bersama keluarga, walaupun melihat bapanya hari-hari terbabit dengan sidang media, namun yang pasti beliau sangat bersemangat dan tak nampak pun keadaannya penat.

Ditanya juga penampilan bapanya yang mendorong orang ramai menghasilkan kuih-muih mengikut baju dipakai, kata bekas bintang Akademi Fantasia 5 (AF5) itu, ia sangat melucukan.

“Memang kelakar jugalah, bila baju-baju dipakai bapa saya dikaitkan dengan aneka kuih-muih. Bagi saya, rakyat Malaysia sangat kreatif.

“Apapun, baju-baju yang dipakai ketika sidang media itu adalah koleksi peribadi sedia ada bapa saya terutama batik,” katanya mengakui ada di antara baju batik itu memang nampak moden kontemporari.

Mengulas juga dirinya yang dikata memiliki ‘hak istimewa’ kerana anak kepada Menteri Keselamatan, Dafi menafikan perkara itu dan katanya dia sudah lebih sebulan terkvrung duduk di rumah kerana Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Siapa yang anggap saya ada hak istimewa kerana status sebagai anak m3nteri, itu d4kwaan p4lsu. Saya sama sahaja macam kalian semua, duduk di rumah dan tak keluar ke mana-mana pun.

“Bapa saya memang m3nteri tetapi, saya adalah rakyat biasa yang tidak boleh ingk4r dengan ar4han ker4jaan. Lagi pun, pand3mik C0vld-19 ini sangat b4haya dan keselamatan diri lebih utama,” katanya.

Ujar Dafi, dia yang bercadang mahu aktif semula dalam nyanyian dengan tampil lagu baru pada tahun ini, nampaknya perlu mem3ndam seketika hasrat itu sehingga keadaan negara kembali selamat.

Sumber: HMetro

 

Via trendinggiler

Facebook Comments

Be the first to comment on "Dafi bangga dan tump4ng gembira papa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*