Memulakan Kehidupan Baru – Gel4ndangan Bakal Bertugas Sebagai Pekerja Am DBKL & Operat0r Pengeluaran Kilang

Sepanjang temp0h pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kesemua gel4ndangan di ibu kota telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara bagi mengelakkan mereka dij4ngkiti w4bak yang sedang berlaku di negara ini.

 

Ekoran daripada itu juga, sepanjang PKP mereka telah diberikan bantuan dan perhatian oleh pihak kerajaan. Oleh itu, kesemua mereka disarankan untuk memulakan kehidupan baru selepas tempoh PKP tamat.

 

Diberi peluang pekerjaan

Menerusi laporan Harian Metro, sebahagian daripada 800 gel4ndangan di sekitar ibu kota berpeluang menjalani proses temu duga kerja bermula semalam sehingga Selasa depan. Inisiatif tersebut dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui jawatankuasa khas gel4ndangan diangg0tai ag3nsi kerajaan seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antld4dah Kebangsaan (AADK) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Kesemua mereka bakal ditawarkan gaji permulaan sebanyak RM1,400 berserta elaun.

Manakala, jawatan yang ditawarkan untuk mereka buat masa ini ialah operat0r pengeluaran kilang. Di samping itu,mereka turut berpeluang bertugas sebagai pekerja am Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan gaji harian yang membolehkan mereka menerima kira-kira RM1,200 sebulan.

Memulakan hidup baru

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa meluahkan perasaan syukur kerana kesemua gel4ndangan menyahut seruan pihak kerajaan untuk memulakan kehidupan baru. Tambahnya, sementara mereka menunggu untuk mula bekerja, gel4ndangan akan dipindahkan ke dua asrama yang disediakan DBKL dan syarikat yang bakal menggajikan mereka.

Saya amat bersyukur mereka sahut seruan saya untuk memulakan hidup baharu. Semoga dengan berkat Ramadan kita semua beroleh keampunan dan keredaan Allah SWT.

Terdahulu, beliau turut memaklumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan bakal mewujudkan dana khas berjumlah RM1 juta bagi menjaga kebajikan golongan gel4ndangan di sekitar ibu kota. Dana tersebut diperuntukkan bagi tujuan perubatan, perkhidmatan kaunseling, penyediaan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada golongan gel4ndangan dalam usaha supaya Kuala Lumpur dapat dibersihkan.

Sumber: Harian Metro

kredit: ohbulan

Via trendinggiler

Facebook Comments

Be the first to comment on "Memulakan Kehidupan Baru – Gel4ndangan Bakal Bertugas Sebagai Pekerja Am DBKL & Operat0r Pengeluaran Kilang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*